Dec 14, 2009

Sailing Trip


Selain pengalaman ke Central Asia, trip paling syok aku pernah aku cover setakat ni adalah SAILING.
Macam ni cerita nya. Tahun 2008, selepas dapat lesen open water, aku kerap pergi event diving, ada yang organizer jemput dan ada jugak menyelit dive trip yang boss Utusan aturkan.
Mei 2009 aku ke Pulau Tioman bersama Amir Sarifuddin, boss Utusan yang paling aktif aktiviti outdoor especially diving. Masa tu kami dive bersama pasukan Polis Marin di perairan Salang, Tioman.
Masa berlabuh kat Marina Kampung Tekek aku ternampak beberapa keping banner biru putih, www.dreamyachtcharter.com tergantung pada beberapa buah yacht.
Terdetik dalam hati, kalau dapat buat cerita pasal sailing pun menarik. Lagipun boss aku Ridzwan Iman dah beberapa kali suruh buat pasal sailing ni. Asyik duk translate stori sailing oversea je, boring jugak.
Tapi masalahnya, sejak dari awal tahun dah tiga sailing company yang ada kat negara ni aku approach, semua bagi harapan palsu.
So balik KL daripada trip dive tu, aku masuk google then taip dream yacht charter (DYC). Click punya punya click, terbuka page DYC Asia, base kat mana? Langkawi!
Cantik! Aku terus email mintak nak buat liputan untuk stori lifestyle. Tak sampai 4 hari, aku dapat reply dari George Costa, Manager DYC South East Asia.
Bincang punya bincang dia offer seminggu onboard. Pergh, dalam hati aku dah melompat-lompat macam dolphin. Tapi satu masalah, mana company nak luluskan trip sampai seminggu. So final say, 4 hari 3 malam.
JULAI 2009, aku dengan housemate Raof, dan jurugambar Utusan- Abang Asmaruddin berangkat ke Jeti Mersing.
Masa di jeti kepala aku masih runsing sebab sebenarnya kami tak da model untuk pose. Nak buat stori lifestyle apa kalau modelnya tak ada.
Nak jadi cerita masa tengah tunggu boat kat jeti tu datang seorang minah salleh, ke hulu ke hilir offer rambutan pada orang-orang kat jeti. Sempoi gila.
Kami berkenalan dan start sembang. Jenna Coulbourne, cikgu Inggeris mengajar kat Kemboja. Bila dapat tahu dia traveling seorang diri aku pun memasang niat 'jahat'. First aku pelawa dia join trip, then second aku paksa ia jadi model atas yacht :P...
So pendekkan cerita, dia excited gila nak ikut kami. Gila, siapa tak nak naik yacht, makan semua tanggung. Settle masalah.



3 ptg kami sampai ke Marina Kg Tekek. Kehadiran kami disambut skipper Martin (Agentina-France), dan tukang masak, Coralie, minah (France-Itali).
Martin dengan Coralie ni ditugaskan DYC untuk bawa kami berlayar dengan katamaran selama empat hari kat Pulau Tioman.
Daripada trip ni aku buat dua stori, satu untuk lifestyle dan satu lagi pengalaman sailing. Dalam stori lifesytle takda apa sangat, banyak ceritakan kemewahan yacht tu. Saiz 14 meter, kelengkapan kapal, keselesaan 4 bilik double, 4 tandas, aktiviti snorkeling, masakan Itali yang disediakan dan harga pakej.


Sebut pasal pakej, harga semalaman RM7K. So kalau sapa-sapa berminat bagitahulah. Boleh aku aturkan trip..hehe.
Bawah ni korang boleh baca stori pengalaman sailing bersama DreamYacht. Enjoy.

talking to the skipper and the cook
Blog disambung di bawah stori.

-------as published in Utusan Malaysia-----

SAYA lebih selesa tinggal di laut. Berada terlalu lama di darat boleh menyebabkan saya pening," ujar gadis Perancis berusia 23 tahun itu ketika membuka bicara mengenai dunia pelayaran.

Sebelum itu, Coralie Imbert bersama juragan kapal, Martin Cancelleri tekun melengkapkan s
egala keperluan untuk menampung pelayaran selama empat hari di perairan Pulau Tioman, Pahang.

Pada masa yang sama mata penulis sibuk menyelongkar segenap sudut kapal, mengenal pasti 'rumah baru' yang akan menjadi tempat makan dan tidur selama tempoh itu.

Pelayaran menaiki katamaran (kapal badan berkembar) bermula sebaik sahaja Martin menghidupkan enjin dan membawa keluar Hemingwaysepanjang 14 meter itu dari Jeti Marina di Kampun
g Tekek.


Tanpa berlengah, Coralie mengeluarkan perkakas dan memulakan tugasnya sebagai tukang masak. Kira-kira 15 minit kemudian, Martin, 39, mematikan enjin kapal dan mencapai segulung kertas lalu membentangkannya di depan kami.

"Ini adalah carta pelayaran di perairan Teluk Mahkota. Berdasarkan tiupan angin sek
arang, perjalanan ke Pulau Tulai akan memakan masa kira-kira tiga jam pada kelajuan lima hingga tujuh knot," ujar lelaki berketurunan Argentina itu.

Martin dan Coralie ialah pelayar yang ditugaskan syarikat percutian kapal mewah, Dream Yacht Charter untuk mengendalikan pakej pelayaran di perairan negara ini.


Pada hari-hari biasa, pasangan itu tinggal di dalam kapal bluewater mereka di perairan Tioman selepas berpindah dari Telaga Harbour, Langkawi beberapa bulan lalu.


Martin bingkas meninggalkan meja yang dikongsi bersama penulis. Tangannya ligat memutar beberapa set winch di bahagian belakang (kokpit) dan sejurus selepas itu layar utama mula mengembang.

Selepas mengikat kemas dua batang jorannya, Martin masuk ke bahagian saloon (ruang tamu dalam) kapal untuk membantu sebahagian tugas Coralie menyediakan makanan pada petang itu
.

Ketika Hemingway ditolak jauh ke tengah laut dan tiupan angin mula menghembus ke muka, pasangan pelayar itu merapati kami untuk menyambung semula cerita yang dimulakan sebelum itu.

"Mengendalikan kapal layar bukan perkara yang mudah kerana setiap hari kita berdepan dengan
cabaran di laut.

"Navigasi, cuaca, keselamatan dan peraturan di perairan negara orang adalah sebahagian rencah kehidupan," ujar Martin.

Kemahiran asas termasuk menentukan tahap kembang layar dengan menegang dan mengendurkan tali layar bersesuaian mengikut kelajuan tiupan angin.

Pendek kata seorang pelayar harus mengenali sepenuhnya kapal yang digunakan termasuk arif dalam tugas berkaitan penyelenggaraan dan juga peralatan tambahan pada sesebuah kapal.

"Kemahiran seperti itu adalah kemestian kerana bukan mudah untuk mendapatkan pertolongan di tengah laut jika berlaku kerosakan atau kemalangan," jelas Martin yang berpengalaman 20 tahun berlayar ke serata pelosok dunia.


Raof menghiburkan kami dengan tiupan serulingnya.

Selain kemahiran teknikal mengenai kapal, beliau juga membuktikan dirinya seorang pengkaji cuaca yang baik apabila cuaca pada petang itu berubah tepat mengikut ramalannya.

Kebolehan itu katanya hanya dikuasai selepas seseorang itu menghabiskan banyak masa di laut. Ia juga kemahiran penting ketika berlayar secara solo.

Namun beliau mengakui tidak sukar untuk mempelajari ilmu asas pelayaran, cuma untuk seseorang menguasai bidang itu biasanya akan mengambil masa bertahun-tahun. Beliau juga memberitahu sifat paling penting dalam pelayaran adalah kepimpinan dan keupayaan membuat keputusan.

trampolin, the perfect star watching spot

Dilanda puting beliung

Pada hari kedua, hasrat kami untuk ke Pulau Aur terpaksa dibatalkan kerana tiupan angin tidak sehaluan. Walaupun pelayaran masih boleh dilakukan dengan pergerakan secara zig-zag tetapi untuk tidak membazirkan banyak masa, Martin membawa kami ke pinggir Pulau Renggis untuk bersnorkeling.

Tidur kami pada keesokkan harinya dikejutkan hayunan kuat yang dirasai dari dalam kabin. Di luar hujan turun dengan lebat diiringi gelombang dan angin kencang.


Tanpa banyak pilihan kami menikmati sarapan pada pagi itu dengan kedua-dua belah tangan sentiasa bersedia untuk menadah pinggan dan cawan daripada menggelungsur ke lantai.

Tetapi apa yang dialami kami pada pagi itu hanyalah cebisan daripada pengalaman mereka yang berlayar di laut luas.

Coralie mencelah, ketika ribut berterusan selama berhari-hari, mereka bukan s
ahaja tidak dapat berdiri di dalam kapal bahkan ada masanya mereka terpaksa tidur secara bergilir-gilir untuk menentukan arah navigasi tidak tersasar.

"Semasa pelayaran dari Pulau Langkawi ke sini (Pulau Tioman) kami berdepan dengan empat pusaran puting beliung yang 'mengelilingi' kapal bluewater kami," jelasnya menceritakan saat paling cemas sepanjang lima tahun berlayar.

Walaupun memiliki kapal layar mungkin sesuatu yang besar bagi kebanyakan oran
g. Namun ada masanya mereka mengakui berasa cukup kerdil di tengah laut, terutama ketika berselisih dengan kapal-kapal kargo.

"Dengan saiz beratus meter panjang, nisbah saiz kami boleh diibaratkan hanya
seperti kotak mancis dengan kotak kasut.

"Kemalangan boleh berlaku tanpa mereka menyedari 'kewujudan' kami. Saya jug
a dengar bahawa ramai nelayan maut di Selat Melaka akibat dirempuh kapal kargo.

"Di selat paling sibuk di dunia itu, kita tidak boleh menukar laluan sesuka hati kerana trafiknya juga sama seperti di lebuh raya," akui Martin.



Orang laut

Bagi Martin dan Coralie, kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat lain memberi peluang kepada mereka untuk mengenali individu dan budaya masyarakat yang berlainan.


Selain itu, beliau juga mengakui kemahiran yang dimiliki juga membuahkan pulangan, hasil kontrak sebagai jurulatih pasukan perahu layar lumba tentera laut negara Peru.

Keindahan hidup dikelilingi air juga diakui Coralie yang sanggup menggadaikan kerjayanya sebagai peluncur layar angin (windsurf) dan peluncur layang-layang (kiteboard) bertaraf profesional untuk menjadi 'orang laut'.


"Minat dalam pelayaran bermula selepas saya mengikut seorang rakan berlayar selama seminggu di Perancis.

"Selepas itu saya mencari pekerjaan di salah sebuah syarikat penyewaan kapal layar untuk mencari pengalaman," ujarnya yang juga seorang jurugan kapal.

Backflip by Coralie

Sepanjang tugas itu, beliau pernah ditugaskan menjadi jurugan untuk penghantaran kapal layar dari Perancis ke Sychelles. Secara kebetulan, kapal pertamanya juga adalah kapal layar milik Dream Yacht- yang kini berpangkalan di Langkawi dan Tioman.

Namun, kehidupan di permukaan laut bagi dirinya tidak banyak berbeza dengan darat. Jika tidak berlayar, Coralie menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam sehari berenang dan melakukan selaman bebas.

Ketika topeng selam milik Jenna Colbourne, 26, warga British yang mengikuti pelayaran bersama kami jatuh dan tenggelam 20 meter ke dasar laut, Coralie hanya memerlukan beberapa kali cubaan untuk mendapatkannya semula.

Dan pada hari yang mempunyai tiupan angin kencang, Coralie akan menghabiskan waktu lapangnya dengan terbang menggunakan kitesurfnya.

"Sejak dari kecil saya dibesarkan di tepi laut dan sekarang s
aya kembali kepadanya," ujarnya pada malam terakhir pelayaran.

TAMAT

Experience We Share

Secara peribadi, pengalaman atas kapal kali ini banyak merubah persepsi dalam kerjaya dan kehidupan aku.
Sebenarnya peluang travel memang syok, tapi travel akan lebih menarik kalau sepanjang perjalanan kita jumpa orang-orang yang ada cerita dan kisah tersendiri.
Selepas dua tahun buat bidang travel ni, aku rasa mengenali individu tu kadang-kala jauh lebih menarik daripada menikmati keindahan tempat.

Jenna, Martin dan Asmaruddin (photographer) on the dinghy

Dalam kes DYC ni, Martin dan Coralie adalah dua individu yang bagi aku jauh lebih menarik daripada yacht itu sendiri. Macam-macam perkara kami kongsi selain pengalaman sailing diorang.
Aku belajar macamana foreigner berfikir, survival diorang dalam life, bercakap, percept, mencelah, berdebat kalau tak sependapat dan how profesional diorang buat kerja.
Yang nyata, orang Melayu kita akan lebih cepat naik angin kalau tak biasa dengan cara straightforward diorang masa membangkang dan menyatakan hasrat hati.
Tambah pulak dengan puak-puak Atheis yang tak percayakan Tuhan macam Martin, George dan Coralie.

the unforgetable logo (DYV)
Atheis and God

Ada satu malam tu, kami bersembang pasal tuhan sampai susasana jadi tegang. Dan dengan broken English masing-masing (kecuali Jenna) kami berdebat pasal kewujudan tuhan, dengan pengakhiran yang agak lucu-> Jenna sebagai (wakil Inggeris) dipersalahkan kerana menjadi penyebab kenapa kami semua terpaksa bercakap dalam bahasa Jenna.
With finally we all laugh about it.


So daripada situ kadang-kadang aku cukup tak paham perangai sesetengah orang kita yang selalu tak puas hati, dengki, buruk sangka dan bussy body tak tentu pasal.
Yang lagi teruk, sesama kawan-kawan yang dah kenal lama pun masih ada perasaan nak perkecilkan orang, dengki tak habis-habis dan suka mengutuk.
Padahal aku rasa kalau seseorang tu dah cukup matang, takkan ada perangai2 budak sekolah macam tu.
So, kawan2 yang sentiasa tak puas hati dengan orang lain tu belajarlah terima apa yang ada kat dunia ni dengan lebih aman dan bersyukur. Reda lah dengan apa yang ada.
Jangan asyik nak hangatkan keadaan. Sensation, emotional and jeolousy, if not at the right place can look very stupid.

Travel in Malaysia

Dan masa atas kapal tu aku sempat tanya persepsi Martin, Jenna dan Coralie pasal travel dalam Malaysia.
Diorang suka giler sebab travel kat sini tak banyak renyah. Cuma satu perkara yang diorang paling benci pasal Malaysia adalah 'time bayar'.
"Bayar apa pun di negara ni mesti double standard. Ada harga local dan ada harga foreigner. Lain semua memang tak da masalah"
Walaupun masalah ni biasa di rantau ni bagi aku perkara ni memang tak patutpun.
Double standard memang boleh buatkan pelancong fikir kita masih tak bertamadun.

Sand spa with Martin during our snorkeling stop.
Global Warming

Satu perkara lagi yang Martin sempat kongsi adalah pasal perubahan angin laut. Daripada kepakaran membaca angin yang Martin tunjukkan, aku terbuka hati untuk tanya macamana dia belajar baca arah angin.
Kata Martin, sebenarnya arah angin perkara paling penting dalam sailing tapi lately dia mengakui jadual tiupan angin laut dah jauh berubah berbanding 10 tahun lalu.
Musim dan laluan angin katanya dah kucar kacir. Hinggakan kadang2 kat tengah laut tu tak ada angin langsung.

Moving from 'mothership' to beaches using the dinghy

Sebab tu sebelum berlayar diorang akan gunakan radio VHF untuk scan pelayar2 lain yang pernah melalui route sailing yang sama dan bertanyakan pasal angin (ada ke tak ada).
Pernah berlaku, pelayar terkandas kat tengah laut sebab angin takada.
So, semua tu menurut Martin adalah kesan daripada global warming. Dan tidak dinafikan, gas-gas yang dibebaskan oleh kapal terbang adalah penyumbang nombor satu kepada pencemaran bumi kita.

No comments:

Post a Comment