Sentuhan hitam dan putih yang sesuai untuk gambar-gambar genre kewartananan. |
Berbanding gambar-gambar berwarna, hasil fotografi hitam dan putih mampu memberikan impak dan lebih digemari khususnya bagi tujuan dekorasi.
Istimewanya, fotografi hitam dan putih adalah satu seni yang tidak dipengaruhi trend tanpa mengira bila tarikh sesuatu gambar dirakamkan.
Olahannya mungkin ringkas, namun gabungan dua tona warna cukup berkesan dalam menghidupkan suasana dramatik melalui kesan-kesan bayang, kabur, legam, kelabu dan abstrak.
Pada masa sekarang, penghasilan gambar hitam dan putih tidak sesukar yang dilakukan ketika zaman filem. Sekeping gambar berwarna yang dirakam kini boleh ditukar kepada format dengan hanya melakukan beberapa kali klik di dalam komputer.
Melalui perisian penyuntingan gambar yang semakin mudah diperolehi di pasaran dan secara atas talian, peminat fotografi kini boleh memilih beberapa perisian seperti Adobe Photoshop, Lightroom dan Picasa.
Adobe Photoshop misalnya menawarkan pelbagai kaedah penukaran warna gambar melalui fungsi 'grayscale', 'saturation' dan 'black and white'.
Lebih mudah lagi, kebanyakan kamera digital pada hari ini turut dilengkapi fungsi gaya hitam dan putih dinamakan 'monochrome'. Selamat mencuba.
KESAN perbezaan cahaya diperjelas dengan baik melalui format hitam dan putih. |
PELBAGAI perisian menawarkan kaedah mudah untuk menukarkan format gambar berwarna kepada hitam putih. |
KESAN perbezaan cahaya diperjelas dengan baik melalui format hitam dan putih. |
No comments:
Post a Comment