Gila Apa Semangkuk Maggie dengan seekor ketam berharga RM26 lebih...?
Bukan nak mengomen tapi ada la sikit perkara yang nak dikongsikan di sini selepas berapa lama dah tak buat posting spontan. Kali ni nak cerita pasal makan, makan maggie ketam. Trend baru la kan sekarang makanan pelik-pelik, tak lebih daripada gimik.
Ya, sekarang zaman hype, zaman pop dan zaman gimik. So semua benda nak digimikkan termasuklah makanan...Tak dinafikan unsur gimik sangat berjaya dalam promosi. Mungkin atas sebab tu lah kita lihat McD cukup tergugat dengan burger bakar.
Ok kita tolak tepi burger bakar yang sememangnya sedap di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sekarang balik cerita pada Maggie Ketam, baru-baru ni aku ke restoran yang terletak beberapa jengkal dari kedai burger bakar tu selepas terpanggil dengan gambar semangkuk Maggie dan seekor ketam. Nampak memang sedap.
Pendekkan cerita selepas habis makan semangkuk maggie ketam dan sepinggan nasi pataya aku dapat bil berjumlah RM54. Gila mahal tapi selepas check betul-betul rupanya diaorang tersilap bil.
Bila sampai bil baru, harga lebihkurang RM34++. Dalam bil tu ada dinyatakan harga maggie ketam... teka berapa? Haha, percaya ke tak RM26.++ . Gila apa semangkuk Maggie yang ditambah ketam dijual pada harga macam tu. Rasanya empat ekor ketam di pasar baru RM20. Sedangkan dalam mangkuk aku ada seekor ketam kecut.
Rasa? Nak kata sedap taklah sedap sangat tapi bolehlah makan sampai habis. Tapi rasa tak berbaloi bayar sebanyak tu untuk semangkuk Maggie yang kalo disedia sendiri mungkin tak lebih RM10
Maka dengan itu, itu adalah kali pertama dan terakhir aku jejak Anjung Selera Ikan Bakar tu.. Wasalam. Tiada niat jahat sekadar berkongsi kekejaman peniaga yang sekarang hanya tahu nak kaya cepat. Tiada hati perut.
haah... kejam
ReplyDeletebeli ketam 2 ekor x smp RM15 masa bulan penuh
masak megi ketam sndr lebih perasa... hehehe
hahahahaaaa.....tu harga beli je...habis upah dan modal lain2 dlm semangkuk maggi ketam tu siapa nak bayar???..klu nak murah buat sendiri..tak payah nak komplen peniaga..sebelum beli tanya harga dulu..jangan perut dah kenyang komplen pulak.
Deletetu ketam nipah kak. bukan ketam biasa. 300gram@RM36 di pasaran. akak nak murah, akak buat megi letak ketam yong tau fu tu.
ReplyDelete