Jul 30, 2010

Layang-Layang Island

BULAN lalu dengan rasa berat hati aku menolak pelawaan editor untuk membuat liputan MotoGP di Litar Silverstone, London demi mempertahankan liputan yang diatur terlebih dahulu iaitu ke Pulau Layang-Layang di Sabah. Tawaran itu sebenarnya sangat bernilai bagi aku yang tak pernah menjejakkan kaki ke Kota London. Dan jika difikirkan, tukaran Sabah dengan Kota London itu agak tidak masuk akal. Apa-apapun terima kasih di atas pelawaan,. BOSS!!. Sebenarnya payah untuk membatalkan semua persediaan yang sudah diatur oleh pihak Layang-Layang Island Resort, apatah lagi untuk mengatakan TIDAK! kepada selaman di Layang-Layang. Cuma ketika itu harapan aku adalah agar tukaran yang dilakukan 'berbaloi pada akhir selaman'.

Semangat untuk ke pulau kecil yang terletak 300km dari Kota Kinabalu di tengah Laut Cina Selatan itu berkobar-kobar selepas melihat gambar underwater yang dirakam oleh seorang jurugambar AFP. Gambar sekumpulan trevally dari sudut pandangan atas yang sekadar biasa tetapi menceritakan segala kehebatan yang tersimpan di dasar pulau itu. Sebagai penyelam, ia sememangnya sesuatu yang cukup berat untuk ditolak.

Hari yang dinantikan tiba, aku travel bersama seorang rakan (penulis sambilan dari NST) yang juga membuat liputan di situ. Dari Kuala Lumpur kami ke Kota Kinabalu dan keesokan harinya seawal pukul 6.30 pagi kami terbang jauh ke tengah Laut China Selatan. Penerbangan MasWing dua atau tiga kali seminggu itu ditawarkan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Secara kebetulan aku bertembung dengan instructor OpenWater aku iaitu Lee Dolphin. Hanya kumpulan kami yang terdiri daripada 8 orang menjadi penumpang di dalam pesawat pada hari itu, dua lagi tempat duduk terbiar kosong.

Penerbangan menaiki pesawat Twin Otter itu memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit. Perjalanan terasa terlalu lama kerana hati sudah tidak sabar untuk mendarat di syurga selam skuba itu. Apatah lagi hati sudah lama berdebar-debar mendengar enjin turbine pesawat ringan itu. Kasar bunyinya, dan terasa gayat ketika pesawat merempuh gerombolan awan.

Ketika tayar pesawat MasWING mencecah landasan, percikan air kelihatan melalui tingkap. Hati sedih ketika kakitangan resort datang ke tangga pesawat menyambut kami dengan payung. Bukan terharu kerana mereka memberikan sambutan yang baik tetapi sayu kerana hujan pada pagi itu memberi petanda yang tidak baik untuk selaman kami. Di dalam hati terbayang air laut yang keruh dan berkeladak akibat curahan hujan sejak dari awal pagi itu.
Sedikit sebanyak menggugat harapan untuk menghasilkan gambar-gambar bawah air yang menarik. Tambah pula, untuk 'destinasi selam super' ini, Canon Malaysia meminjamkan Canon S90 mereka untuk 'dipandu uji'.

Review Camera Canon S90 dengan bekas kalis airnya.

Pulau Layang-Layang adalah sebuah pulau yang kecil, dari udara apa yang kelihatan hanyalah sebaris landasan. Di peringkat antarabangsa, ia popular sebagai lokasi selam dalam (deep dive) malah antara yang terbaik di dunia. Tarikan terbesarnya adalah hammerhead shark (HHS) yang jarang ditemui di perairan rantau ini. Peluang melihat jerung berkepala seperti tukul adalah kemuncak kepuasan yang pasti tidak tergambar bagi penyelam. Dan seperti juga pengunjung yang lain, itulah misi kami pada kunjungan itu. Memburu hammerhead!

Walau hujan dan hari mendung, aku masih ada masa empat hari di pulau itu, harap agar hari tak akan sentiasa gelap dan redup. Dalam hati terlintas, pasti akan datang satu hari terang dan memberikan jarak penglihatan sehingga 30 meter seperti yang dihebahkan mengenai pulau itu. Dua selaman dilakukan pada hari pertama. Kumpulan kami dibawa oleh Amanda Le Broy, divemaster (DM) selama kami menyelam di situ.

Selepas selaman di Wreck Point dan Gorgonian Forest, masih tidak kelihatan kelibat HHS. Namun pengalaman menyelam di sekeliling terumbu yang mempunyai kedalaman sehingga 2,000 meter (2KM) itu memberikan pemandangan yang sangat berbeza berbanding destinasi skuba di Semenanjung Malaysi. Kebanyakan lokasi adalah wall dive yang dipenuhi Gorgonian Seafan yang mengembang dengan kelebaran dua hingga tiga meter, besar sekali. Begitu juga dengan barrell sponge coral yang berdiri tegak hingga menyamai ketinggian manusia dewasa.

Namun harus diingat, cabaran menyelam di Pulau Layang-Layang adalah kerana kebanyakkan lokasi melibatkan selaman dalam yang menuntut pengalaman dan pemahaman yang baik mengenai undang-undang menyelam.
Syarat minimum untuk menyelam di Layang-Layang adalah kelulusan pada peringkat advance manakala penggunaan komputer selam (dive computer) adalah sangat-sangat penting. Tanpa divecom pemburuan HHS boleh dikatakan mustahil kerana spesies jerung itu biasanya berada pada paras 40-30 meter (walaupun pernah ada yang menemuinya pada kawasan air cetek). Bahkan boleh dikatakan setiap selaman akan bermula dengan deepdive selagi kelibat HHS tidak kelihatan.

Deep stop biasanya berakhir pada 40 meter (misalnya di Shark Cave). Bagi penulis, pengalaman turun sehingga kedalaman itu adalah yang pertama. Pemandangannya jauh berbeza-redup dan sunyi di kelilingi kebiruan laut. Undang-undang di sini pula menetapkan, tiada penyelam yang melebihi paras 40 meter. Kegagalan mematuhinya boleh menyebabkan 'lesen anda digantung' selama 24 jam. Hatta bagi yang tidak sempat de-com, hukuman gantung selama sehari adalah sebaik-baiknya. Dan itu adalah kesedaran sendiri.

click for clearer image

click for clearer image

click for clearer image

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam daripada 10 selaman yang dilakukan di Layang-Layang, baru-baru ini. Gambar (pertama dari kiri) adalah hardcoral yang di rakam di bawah jeti. Di sini, penyelam dibenar untuk melakukan selaman tepi (shoredive) tanpa bayaran tambahan. Bersama budy, pihak resort membenarkan penyelam turun dengan risiko sendiri sepanjang hari sehingga 7 malam. Walaupun pulau ini popular dengan deep dive, shoredive kadangkala menjanjikan seribu kejutan kerana dasar cetek berhampiran jeti yang berbatu menyimpan pelbagai spesies unik yang tidak ditemui di kawasan dalam. Snappers, lionfish, scorpionfish, poccupine, shrimp bahkan barracuda juga boleh ditemui (gambar tengah) berhampiran jetty.

Dengan menggunakan Canon S90, gambar-gambar yang dirakam walaupun tanpa strobe agak memuaskan, jika dibandingkan semasa melakukan deep dive. Dengan aperture 2.0, camera ini mempunyai kemasukan cahaya yang baik. Walaupun gambar-gambar dirakam pada lewat petang, cahaya matahari yang semakin kurang menembusi permukaan masih dapat ditangkap oleh S90. Selain itu, pilihan mode manual juga memberikan lebih kebebasan untuk merakam. Untuk macro, aperture nilai f2 sekali lagi mem'bokeh'kan subjek dengan baik.

Sehari demi sehari berlalu, dan kumpulan kami masih belum berjaya menjejaki HHS. Kelibat ketika berada di dalam biru laut hanyalah kumpulan-kumpulan tuna dogtooth, trevally dan grey reef shark. Namun kelibat tuna yang gemuk menyamai saiz guni padi dan berenang laju di bawah kaki juga adalah sesuatu yang baru. Menarik untuk diperhatikan. Kami masih mencari dan mencari, ada ketikanya kami naik ke permukaan dengan wajah yang kecewa. Tiada HHS kelihatan. Dan apa yang dirasai Amanda ketika itu mungkin lebih meresahkan kerana beliau tidak dapat 'membuktikan' kewujudan HHS di Layang-Layang :P. Namun, itulah rencah di laut, nasib tidak selalu menyebelahi kita. Apa yang ada di depan mata, itulah dia. Malah semasa bersembang dengan Lawrence iaitu pengurus resort, beliau menasihatkan kami supaya meneruskan selaman seperti biasa.

"Jangan letak harapan yang terlalu tinggi untuk tengok hammerhead. Ia bergantung kepada nasib. Ada diver yang sekali selam saja dah nampak HHS. Ada yang berulang kali datang tetapi masih tak nampak HHS. Paling penting kamu kena nikmati selaman seperti biasa dan biarkan DM yang melakukan tugas mencari dan mengesan HHS,''ujarnya.

Sebenarnya sepanjang empat hari berada di pulau itu, tiada HHS yang kelihatan. Mungkin kerana kedatangan kami ketika itu di luar musim spesies itu iaitu antara bulan Mac dan Jun. Walaupun tiada kelibat HHS, peluang melakukan selaman dalam sehingga 40 meter memberi pengalaman baru.
Selain keindahan underwater, Pulau Layang-Layang juga terkenal dengan Birds Island yang terletak berhampiran dengan Kem Askar di situ. Pengunjung boleh menaiki bot atau menyewa kayak untuk ke pulau itu (ketika air pasang sahaja). Cebisan darat itu merupakan habitat enam spesies burung laut. Pemandangan seolah-olah di Galapagos :P.. cuma jika ke sana , anda harus berhati-hati ketika berjalan, takut jika terpijak telur-telur burung yang merata di permukaan pasir. Best..memang best. Sepanjang trip di sana, aku menghabiskan masa tiga kali ke pulau itu termasuk mendayung kayak sendiri kerana trip menaiki bot hanya membenarkan anda berada di situ kira-kira 15 minit sahaja. Puas!...

Peta divesites yang mengelilingi atoll Terumbu Layang-Layang.

Crack Reef , Crack Reef, Dog Tooth Lair, D' Wall, Gorgonian Forest, Navigator's Lane, Shark's Cave, Snapper's Ledge, The Runway, The Tunnel, The Valley, Wrasse Strip dan Wreck Point.

4 comments:

  1. Salam..Halim,

    Nice travel blog...lots of info. I found your page from Bukit Tabur's blog.

    Regards,
    Your friend from VADS
    Nurzam

    ReplyDelete
  2. TQ Zam. nanti add facebook 'ABD. HALIM HADI' boleh cerita panjang.

    ReplyDelete
  3. Hi Halim,
    Nice blog! u manage to describe everything and every moment we spent at layang layang island. It is nice to dive with u...
    Cheers! :)

    ReplyDelete
  4. tQ Amy. Keep coming..there is another entry about Shark Cave..and some photo of you all. :P

    ReplyDelete