"Shoot for the star , if we fail at least we land on the Moon"
DUA minggu lalu aku ke Kuala Gandah, Pahang mengikut trip Olympus Malaysia untuk sesi 'test-drive' EP-1 dan EP-2. Menarik juga lawatan ke Santuari Gajah Kuala Gandah, Gua Cahaya Bulan dan Deerland. Selepas menguji kamera hybrid keluar Olympus, tiba-tiba terasa rindu pulak pada kamera sendiri, agak lama tak disentuh selepas pulang dari trip ke Hokkaido awal Jun lalu.
Malam semalam, semasa balik dari kerja, langit malam kelihatan agak terang. Dari beranda rumah yang mengadap Bukit Tabur aku nampak bulan mengambang penuh, cantik tanpa terhalang awan.
Sementara menunggu air memenuhi baldi (tangki air kosong gangguan bekalan) sempat aku mencapai kamera untuk mencuba apa yang boleh dilakukan oleh lens EF-S 18-200mm yang baru dibeli. Dengan beberapa kali adjustment setting, ini adalah gambar yang dapat aku dihasilkan. Bukannya hebat, sekadar berkongsi. Tak sangka pulak dengan zoom paling maksimum (200mm) + image stabilizer (tanpa tripod) dapat membawa bulan dekat di depan mata (crop la skit dalam photoshop)...Kepada sesiapa yang mempunyai lens yang sama, selamat mencuba. Dan selamat malam.
No comments:
Post a Comment