May 28, 2010

Bangkok Motor Show 2010



MESKIPUN keadaan politik di Thailand sudah mula yang bergolak pada hujung Mac yang lalu ekoran rusuhan penyokong anti kerajaan, pintu masuk Thailand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok sesak seperti biasa. Sebahagian daripada pelancong itu ialah pengunjung yang datang untuk menyaksikan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2010 (BIMS), temasya automotif terbesar di Asia Tenggara.

BIMS yang berlangsung dari 26 Mac hingga 6 April lalu di ruang pameran gergasi Bitec, menghimpunkan hampir kesemua jenama berpengaruh dalam industri. Tidak ketinggalan penyertaan jenama kebanggaan negara, Proton. Penganjuran yang masuk kali ke-31 kali ini dilihat begitu berjaya dengan jumlah pengunjung yang bertambah. Maklumat daripada penganjur menyatakan jumlah pelawat pada setiap tahun mencecah 1.5 juta orang.

Angka ini menggambarkan kekukuhan industri pemotoran di negara jiran itu yang sudah lama menjadi hab pengeluaran pelbagai jenama kenderaan dan komponen automotif. Malah BIMS itu sendiri adalah satu perniagaan. Perniagaan yang cukup menguntungkan pada tahun ini dengan jualan sebanyak 12,400 unit kenderaan sepanjang acara sembilan hari itu, menurut Timbalan Pengerusi Penganjuran, Jaturon Komolmit.

"Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 62 peratus daripada jualan 7,687 unit kenderaan pada tahun lalu. Lima penjual terlaris adalah Toyota, Nissan, Mazda, Honda dan Isuzu," jelasnya.

Begitulah kuatnya industri automotif Thailand hinggakan kekecohan yang ditimbulkan penyokong berbaju merah di tengah-tengah kota tidak sedikitpun 'memalapkan' kilauan jentera di ruang pameran seluas 30,000 meter persegi itu. Bagi peminat automotif, pantulan merah hati dari Mercedes Benz SLS 63 AMG dengan dua pintu mengerbang seperti sayap jauh lebih menarik untuk diamati.

Dengan bayaran masuk 100 baht atau kira-kira RM10, pelawat berpeluang mendekati ratusan kenderaan termasuk dari kategori kereta super, hibrid dan konsep, model terbaru, motosikal, unit ubah suai dan pelbagai produk berkaitan industri. Dalam kategori kereta super, Lexus menampilkan jentera menawan iaitu Lexus LF-Ch, Bentley, Audi R8, Ferrari dan Roll Royce Phantom.

Selain model-model mewah, perhatian semestinya tertumpu kepada model mampu milik terbaru seperti jentera buatan tempatan (Thailand) iaitu Nissan March/ Mirca. Mazda 2, Toyota RIN, konsep Honda dan Isuzu antara jentera yang menjadi tumpuan. Mazda 2, model terbaru empat pintu keluaran Mazda mencetuskan topik perbualan yang hangat. Kereta salon kecil yang akan menyaingi Ford Fiesta, Toyota Vios dan Honda City.

Di dalam segmen kompak premium, BMW memperkenalkan kenderaan aktiviti sukan (SAV) iaitu BMW X1. Jentera pacuan belakang dengan enjin petrol 1.8 liter itu dilengkapi ciri mesra alam. BMW X1 adalah kenderaan pertama yang membebaskan gas karbon dioksida (CO2) di bawah purata 170 gram setiap kilometer. Di pentas Jepun pula, Toyota mengetengahkan model konsep 'hijau' iaitu Toyota RIN yang mencerminkan rekaan kereta masa depan. Rekaan cermin hijau telus cahaya yang memukau mata pengunjung.

Sementara itu, Honda menampilkan model konsep kecil yang akan dikeluarkan di India. Model itu bagaimanapun tidak akan dapat dimiliki sehinggalah penghujung 2011. Di pentas Korea, Tucson keluaran Hyundai membuktikan rekaan yang nyata berbeza dengan sentuhan kenderaan Jepun dan Barat. Tucson membuktikan kesempurnaan kejuruteraan dan seni reka yang kini setanding dengan kenderaan global.

Secara kesimpulannya, saya merasakan kejayaan BIMS banyak bergantung kepada kekukuhan industri selain populasi penduduk yang tinggi. Namun, tiada alasan jika kerajaan ingin wujudkan satu lagi hab pesaing di negara ini.

May 25, 2010

Grand Starex Royale


BERAPA orang penumpang yang boleh dimuatkan dalam kereta sedan biasa? Paling ramai mungkin tiga dewasa atau empat kanak-kanak, itu pun sudah cukup sendat. Bagaimana jika bilangan ahli keluarga yang anda dimiliki lebih daripada itu? Tambah pula membawa penumpang secara berlebihan bukan sahaja merbahaya malah boleh menjejaskan kenderaan dalam jangka masa panjang.

Jika itu masalah yang dihadapi, sudah tiba masanya untuk mendapatkan sebuah kenderaan yang lebih besar. Keputusan yang lebih menjimatkan daripada menanggung sebuah lagi kereta. Tapi keputusan untuk beralih kepada kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan semudah yang difikirkan. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira apatah lagi harga bagi sebuah MPV di negara ini yang mahal.

Itu belum lagi mengambil kira tren MPV mewah seperti Alphard, Estima, Elysion dan Elgrand yang berharga lebih RM200,000. Hakikatnya kemewahan MPV tersebut memang tidak dapat disaingi oleh model-model yang lebih murah. Namun kemunculan Grand Starex keluaran Hyundai dilihat sebagai pesaing paling dekat kerana faktor saiz dan keselesaan yang begitu menyamai MPV mewah.

Malah dengan ciri-ciri yang ditawarkan oleh Grand Starex pada harga kira-kira RM150,000, ia menjadi model 'pengacau' antara MPV kategori sederhana dan mewah. Faktor yang menyumbang pertambahan bilangan MPV Korea itu saban hari. Sebagai usaha meningkatkan lagi taraf MPV itu di negara ini, Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan edisi naik taraf - Grand Starex Royale.

Pembaharuan fizikal paling ketara pada edisi premium itu adalah pemasangan facelift penuh dengan bodykit yang lebih bergaya. Paling ketara adalah empat jalur gril di bahagian depan yang menambah gaya gah sebuah MPV. Selain itu, beberapa pembaharuan juga dilakukan pada model terdahulu. Menceritakan soal saiznya, Grand Starex Royale menyediakan empat baris tempat duduk yang memberikan keselesaan kepada 11 penumpang. Kelebihan yang menyaingi model-model lebih mahal.


Kelebihan ruang dimanfaatkan dengan tempat duduk tengah yang boleh dilipat untuk dijadikan tempat rehat tangan dan berfungsi sebagai meja makan mini. Selain itu, MPV ini juga mempunyai ruang simpanan barang pelbagai saiz.

Bonus keselesaan bukan sahaja ditambah dengan penyelarasan sudut pada setiap kerusi malah enam salur pendingin hawa tersedia untuk menghembus udara dingin ke arah penumpang dan segenap ruang. Akses ke dalam kabin dipermudahkan dengan bukaan luas pintu gelongsor. Walaupun tidak beroperasi secara automatik, akses pada kedua-dua belah badan kenderaan juga memudahkan isian kargo.

Satu perkara menarik sepanjang sesi pandu uji adalah sistem audio dan video yang ada pada MPV ini. Memandu kenderaan sebesar itu tidaklah begitu membosankan walaupun tanpa penumpang kerana Grand Starex Royale dilengkapi pemain DVD Pioneer dengan paparan skrin di papan muka dan skrin tujuh inci di bahagian tengah (untuk penumpang belakang).

Secara keseluruhan, MPV yang dikenali dengan nama H-1 dan H-200 di beberapa negara Asia itu menawarkan keselesaan yang lebih daripada memuaskan. Pemanduan dan kawalannya yang lancar menyimpang jauh daripada tanggapan penulis sebelum memandu kenderaan gergasi ini.

Kebolehan kawalan ketika memandu masuk dan keluar di ruang parkir pernah dipersoalkan. Namun kerisauan itu hilang sebaik sahaja saya memutarkan stereng roda lembut yang dibantu dengan penglihatan belakang melalui pengawasan kamera undur dan empat mata sensor pada bumper. Kawalannya di luar tanggapan. Bahkan radius pusingan lebih kecil daripada sesetengan pacuan empat roda. Bukan sahaja untuk membelok, malah membuat pusingan U pun bukanlah masalah besar dengan jentera ini.

Cuma kekurangan pada pandangan penulis adalah tuas brek tangan yang tenggelam sempit di antara tempat duduk agak menyukarkan operasi. Bahkan memerlukan pemerhatian lebih ketika melepaskan brek untuk memandu.

Begitu juga dengan paparan meter yang tidak dinafikan kelihat begitu membosankan. Seni reka yang ringkas selalunya menepati tetapi di dalam kes MPV ini, ia memerlukan sedikit dekorasi. Sedikit kekurangan itu tidak menjejaskan Grand Starex Royale sebagai kenderaan pelbagai fungsi yang baik.

Namun apakah jaminan yang dimiliki untuk membawa jumlah penumpang seramai 11 orang? Pertamanya, keselamatan telah dipertingkatkan dengan binaan tiang dan rangka yang mampu menahan impak pelbagai kategori. Keduanya adalah sembilan lilitan tali pinggang keledar untuk penumpang barisan belakang. Bagaimanapun hanya dua beg udara melindungi pemandu dan penumpang di tempat duduk pertama.


ENJIN

Enjin turbo diesel dengan ciri Variable Geometry Turbocharger (VGT) didakwa menghasilkan kuasa tork maksimum 392 Nm ketika kelajuan enjin mencecah 2,000 hingga 2,500 rpm.

Sistem enjin diesel generasi kedua yang dibangunkan BOSCH terbukti mampu menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan. Semasa sesi pandu uji dari Kuala Lumpur ke Semenyih, penulis merasakan kuasa yang mencukupi dilepaskan oleh enjin 2.5 liter itu. Kelancaran menggunakan transmisi lima kelajuannya dipermudahkan dengan penukaran secara manual.

Lebih menyakinkan lagi apabila jarak terkumpul dengan isian 75 liter diesel ketika membawa tujuh penumpang hampir mencapai 590 km. Kuasa enjinnya juga tidak pernah semput sepanjang perjalanan bandar dan lebuh raya.

Grand Starex Royale yang ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu putih kristal, hitam batu, perak dan kelabu boleh dimiliki pada harga RM148,888 (termasuk cukai jalan).

Jaminan keselamatan ditambah dengan jaminan pengeluaran Hyundai sehingga pemanduan mencapai jarak 300,000 kilometer atau bersamaan dengan tempoh pemanduan pada kadar biasa selama lima tahun. Jaminan paling lama yang pernah ditawarkan oleh mana-mana jenama. Berbaloi.
Starex

May 22, 2010

Makasser Reef & Mangrove Dive

Komodo Island liveonboard dive package is now available in Malaysia

"Komodo Island offers diver just about every type of tropical diving imaginable, from warm, calm and colourful shallow reefs alive with hundreds of colourful reef fishes and invertebrates, to current-swept deep cool water sea mounts, walls and pinnacles patrolled by sharks, tuna and other big fish."

Dive site: Manta Point
Max depth: 10meter

Jump from MV Blue Dragon and drifted about half mile by strong current to Manta Point. I'm buddied with Slovania diver, Andre. Current pull both of us away from the rest of divers (as it supposed to). Quite scary to have only one buddy in the water, and Andre is very new to diving. He signal me to come up to surface but what's the point coming? So I gave him descend signal and he has no choice other than to go deeper. We were drifted and only stop where the water is a bit calm and warm.
There we found only a small houses of soft coral, very nice and colorful -like tropical paradise or something.We dive about 30 minutes in a nice clear water, no manta in sight. A bit disappointed but we keep looking.
In my mind I still remember what Arnold told us during the briefing, that Manta normally swim against current. So from coral reef we swam to a sandy bottom area where we can feel a abit of current push.
Suddenly I saw a huge blacky thing flying on my left eye side, then here he came... the Manta Ray, a sized of three meter wings spread. I know that manta don't attack diver but facing thing that big for the first time will definitely give some adrenalin pump.
Andrea took the photo of the 1st ray, but the second ray we missed because it's quite far. Maybe Andre not even looking. It's bigger from the first one we saw.
According to Arnold, there is more chances to see Manta ray in Makasser Reef during the low tide. But for those who comes, they will never miss a chance to see. Anyways, Manta Point is not only a name..continued to next dive to know why.

Manta Ray seen in Makasser Reef in Komodo Island
Dive Site: Manta Point II

Up on the boat. I'm very happy. It was my first encounter with manta. But after sharing story with a group of the divers I'm turn into total disappointment. They do not see one Manta but more than 30 of it. It's a Manta Parade.
So that evening we agree to go to the same dive site they all dived in. Upon entrance, I saw huge monster laying down at our descend spot (drop zone), size is no less than 4 meter broad, spreading motionless at the sandy bottom. Then maybe he can hear the sound of the bubble, he flew away. Yeah I did try my luck on this second time at Manta Point, but I only saw 3, not 30. Got a close photo of the ray. Great dive.

Mangrove dive at Waemilu
Depth: 4-19 meter


Waemilu maybe seems boring for it's shallow water, but divers will be surprised of what they can discover..

One of the thing that I really love about Komodo is its morning, waking up in the middle of nowhere. Experiencing the Great Calmness. Inspiring the misty surface of the Flores Sea.
Dive start early in the morning, around 7.30 am. Mangrove is heaven for muckdive. Alot of macro seen in the black grey sand. Nudybranch, Mantis shrimp and a frogfish.
This is my first time I saw frogfish,they were called frog because they look like fish but they don't swim, instead they jump. Very odd and interesting looking critters. This was a second last dive for us, but for me this was the last (9th) because Im going to skip the last dive to enjoy the beautiful nature on boats with a bit privacy (when they all leave for their dive).. and Im glad that I've skipped the dive because for me the beauty of Komodo Island not only lie under the water.

May 20, 2010

Club Med Cherating

SEPULUH tahun lalu aku pernah sampai ke pintu masuk Club Med. Sekadar mengintai hayunan pohon rhu dan pokok kelapa yang tersusun cantik. Pemandangan Pantai Cherating sememangnya kuat memanggil. Tapi apakah daya, ia bukan resort biasa tapi Club Med.

Masa tu terasa kempunan kerana tak dapat melepasi pagar yang 24 jam dikawal. Cerita paling hot mengenai Club Med masa tu adalah Naked Beach. Bukan sesuatu yang pelik pun kerana Club Med adalah private resort. Siapa peduli dan tiada orang luar yg dapat masuk.

Minggu lalu aku melepasi pagar yang masih lagi ketat berpengawal, ketika menghampiri post guard tu dua pengawal muncul bertanyakan urusan dan tujuan kehadiran.

"Media dari Kuala Lumpur pakcik,'' aku memberikan sedikit senyuman untuk memudahkan urusan.

Nyata. Urusan tidak terbeli dengan senyuman. Pengawal mengambil masa hampir 15 minit untuk mengesahkan nama, no pendaftaran kenderaan dan tujuan kemasukan.

"Pergh...apa ada dalam resort ni,'' terlintas dalam hati.

Dari gate, perjalanan melalui jalan yang redup diselubungi hutan dara. Tiba di lobi, seorang gadis Jepun melambai-lambai dengan iringan kumpulan pemukul kompang. Selepas meninggalkan beg aku ke tempat letak kenderaan yang tersembunyi jauh dari resort. Kira-kira 10 minit jalan kaki. Di Club Med, tiada kenderaan dibenarkan parkir di kawasan penginapan.

Aku sampai di Club Med pada waktu yang sama dengan media group dari KL yang datang dengan coach. Di lobi, kami diperkenalkan dengan Gracious Organizers (G.o). Di Club Med, ada 18 G.O pelbagai bangsa (Maldives, Mauritus, France, Korea, Jepun, Indonesia, Taiwan, Australia etc..mereka adalah pelayan tetamu yang mesra dan ramah tamah. Kadang-kadang sampai penat nak melayan diorang yang mesra ni. Layanan yang best.

Event kali ini adalah sempena pelancaran Club Med Cherating sebagai Eco-Nature Resort pertama di antara 80 cawangan Club Med yang ada di seluruh dunia. Pemilihan Cherating adalah berdasarkan hutan belantara, spesies flora dan fauna, tarikan penyu dan pelbagai aktiviti luar.

Straight to the point...Berapa perlu dibayar untuk stay di Club Med? Berbeza dengan resort lain, penginapan di Club Med tidak mengikut harga sebuah bilik tetapi dicaj mengikut pax. RM570 adalah harga per pax untuk bilik pertengahan iaitu Deluxe. Bilik permulaan adalah superior dan paling high end, Suite (hanya 5 unit).Mahal? Itulah harga untuk penginapan di private resort. Di mana segalanya 'bebas'. Bebas untuk memilih pelbagai jenis makanan, minuman dan melakukan apa sahaja aktiviti yang disediakan tanpa perlu banyak soal daripada kakitangan resort.


Sebaik sahaja anda melangkah ke Club Med Cherating, anda seperti memasuki alam lain. Di mana setiap daripada guess akan mendapat layanan yang sama. Di restoran menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti makanan Jepun, Cina, India, Melayu, English dengan selambak buah-buahan. Breakfast, lunch dan dinner boleh dinikmati tanpa seorang pun bertanyakan voucer atau nombor milik.

Menjamu selera di Club Med dengan makanan yang melimpah ruah dengan lobster-oyster, sushi-sashi, steambot, piza, steak, nasi dagang dan tandoori pasti menyebabkan anda mula menghargai nilai harga yang dibayar untuk berada di Club Med. Bagi mereka yang enjoy minum, ia lebih berbaloi dengan cocktail dan party setiap malam.

Secara ringkasnya. Apa yang menarik di Club Med Cherating? Sama ada kunjungan anda secara bersendirian, berpasangan atau berkeluarga, Club Med mampu memenuhi segala kehendak tetamu. Mereka yang berpasangan misalnya boleh menikmati rawatan spa Bali, menyaksikan keindahan pemandangan pantai dari bilik, merayau di tiga pantai private tanpa
ada siapa yang peduli. Bagi percutian berkeluarga, persembahan yang dilakukan oleh G.O dan kakitangan resort pada setiap malam pastinya mencuti hati. Pergilah cuba!
the only male wrter in this assignment


Latest UPDATES : as published in WOW! Utusan Malaysia

"Club Med Cherating diisytiharkan sebagai Resort Eko-Alam Semula Jadi pertama di antara 80 cawangan Club Med di seluruh dunia"

MESKIPUN sudah 30 tahun bertapak di negara ini, kewujudan Club Med masih seperti asing di negara ini. Kisah mengenainya jarang didengar kerana tidak ramai yang berpeluang menjejakkan kaki ke resort percutian mewah itu.

Itulah nilai eksklusif yang dimiliki oleh Club Med. Resort dikelilingi hutan rimba dan pantai bersih memutih yang mempunyai tanda harga lebih tinggi berbanding resort-resort ternama di negara ini.

Suatu ketika dahulu, khabar angin mengatakan resort itu dikhaskan untuk tetamu-tetamu tertentu tetapi sebenarnya tidak. Tiada sempadan status atau darjat untuk seseorang menikmati kemewahan di Club Med, asalkan sanggup berbelanja.

Selepas kunjungan bersama kumpulan media antarabangsa ke resort itu baru-baru ini, satu kesimpulan dapat diberikan lebih awal sebelum menceritakan keistimewaan resort percutian persendirian di Pantai Cherating, Pahang itu.

Pertama, jangan sesekali datang ke Club Med jika apa yang diinginkan adalah percutian jimat kerana resort berkeluasan 197 ekar itu hanya untuk mereka yang 'mempunyai masa untuk diraikan'.

Langkah ke resort mewah itu menawarkan peluang terbaik untuk menikmati percutian dalam erti kata lebih peribadi dan cukup bernilai untuk sambutan hari ulang tahun atau berbulan madu. Secara ringkasnya, Club Med Cherating memiliki segala yang dimiliki oleh resort-resort lain di negara ini.

Keindahan pantai berpasir halus yang dihiasi barisan pokok kelapa dijaga ditatang manja. Bukan sahaja orang luar tidak dibenarkan memasuki pantai itu, bahkan permukaan pasirnya juga dikemas rapi sepanjang masa.

Ia tidak sesekali dapat dibandingkan dengan pantai-pantai percutian awam, bahkan pantai Club Med lebih bersih daripada pantai-pantai di pulau. Sejak pembinaannya, ia menjadi aset paling berharga dan tarikan utama pengunjung ke Club Med.

Namun, keindahan resort itu bukan hanya pada pantai persendirian. Perasaan damai ketika menginap juga dipengaruhi kehijauan alam semula jadi yang mengelilingi bilik penginapan. Di penjuru laman dan laluan jalan kaki, hiasan tumbuhan bunga seperti cempaka
menambahkan lagi aroma kemewahan.

Sejak 1979, bilik penginapan di bangunan beridentitikan Melayu tradisional itu masih dikekalkan sehingga hari ini tanpa banyak perubahan. Saiznya mungkin lebih kecil berbanding bilik hotel moden tetapi sebaik sahaja anda membuka jendela, panorama diperluas jauh sehingga ke kaki langit.

Bangunan kayu tiga tingkat yang menempatkan 297 bilik dinamakan dengan nama-nama haiwan tropika. Ia merupakan struktur rumah panjang kayu terpanjang di dunia yang dihubungkan secara zig-zag bagi mengekalkan pokok-pokok di kawasan tersebut.
Satu perkara yang sering diingatkan, percutian di resort yang terlindung di dalam rimba itu turut 'dikongsi' bersama beberapa spesies haiwan seperti monyet, tupai dan biawak. Sebagai pesanan, pastikan semua tingkap ditutup semula meninggalkan bilik.

Dengan kemewahan yang tersedia, mungkin harga untuk menginap di Club Med sudah mula terbayang. Tiga kategori bilik yang ditawarkan di Club Med adalah superior, deluxe dan suite. Namun tidak seperti resort lain, harga penginapan dikira mengikut bilangan kepala dan waktu penginapan sama ada pada hari cuti atau hari biasa.

Misalnya, harga untuk penginapan seorang tetamu di dalam bilik superior pada hujung minggu adalah RM640 dan RM720 pada waktu puncak.

Apa yang menjadikan percutian di Club Med lebih berbaloi semestinya Restoran Mutiara yang menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti Melayu, Jepun, Cina, India dan Inggeris dengan lambakan buah-buahan berwarna-warni. Kehadiran tetamu di restoran juga selesa tanpa sesiapa meminta baucer makan atau bertanyakan nombor bilik.

Yang pasti, pilihan udang karah, tiram, sushi, steambot, piza, steak dan tandoori yang dihidang pasti membuatkan tetamu menilai semula harga yang dibayar untuk berada di Club Med. Berbaloi kerana ada masanya kita berhak mendapat layanan terbaik.

Layanan terbaik G.O

SELEPAS menginap di banyak hotel di luar dan dalam negara. Sejujurnya saya merasakan tiada layanan seakrap yang diterima di Club Med. Sebaik sahaja memasuki kawasan resort, terasa seperti memasuki alam lain.

Di Club Med, semua tetamu mendapat layanan yang sama. Senyuman dan teguran mesra daripada kakitangan resort berterusan daripada pagi, petang hingga ke malam. Layangan paling istimewa semestinya datang daripada Gentle Organizers atau lebih dikenali sebagai G.O.

G.O adalah ikon layanan di setiap cawangan Club Med. Di Cherating, pegawai yang bertugas melayan dan menghibur tetamu itu terdiri daripada kakitangan pelbagai bangsa seperti Jepun, Korea, Taiwan, Indonesia, Australia, Maldives, Perancis dan Mauritius.

Kebolehan mereka bukan setakat memberi layanan mesra dan menghidupkan aktiviti-aktiviti yang ada di sekeliling resort, G.O juga pakar dalam membuat persembahan pentas yang menanti tetamu pada setiap malam.

Bagi kunjungan berkeluarga pula, Mini Club Med disediakan untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 10 tahun, manakala Club Med Passworld untuk 11 hingga 17 tahun. Di bawah layanan para G.O, ibu bapa boleh menikmati masa bersama-sama dengan lebih intim.

Pertama di antara 80 cawangan

SELEPAS pembukaan 'perkampungan' pertama di Sepanyol pada 1950, Club Med tahun ini meraikan ulang-tahun ke 60-nya. Rangkaian resort Perancis itu kini mempunyai 80 cawangan di seluruh dunia termasuk di Jepun, Maldives, Thailand, Indonesia, Mexico, Australia, Bahamas, Turki, Magribi dan banyak lagi.

Sepanjang tempoh itu, tahun ini merupakan tahun yang bersejarah buat Club Med Cherating selepas diisytiharkan sebagai resort eko-alam semula jadi pertama di antara 80 cawangan Club Med di seluruh dunia.

Pemilihan dibuat berdasarkan keunikan hutan dara berusia ratusan juta tahun, tarikan spesies flora dan fauna serta kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di resort itu.

Di Club Med, pengunjung boleh mencuba pengalaman berlayar dan bermain arus di Laut Cina Selatan. Kawasan tebing batu berhampiran teluk pula menyajikan pemandangan yang menarik bagi mereka yang keluar berkayak.

Bagi yang ingin merasai sentuhan alam semula jadi, aktiviti meredah hutan selama kira-kira satu jam menyajikan pemandangan pantai resort yang terbentang sepanjang 4 kilometer. Untuk sesuatu yang lebih lasak, tembok batu setinggi kira-kira 30 meter sedia untuk didaki.

Namun segala akviti di Club Med tidak memadai tanpa mencuba beberapa permainan circus seperti trapeze dan lompatan trampolin.
Pergerakan pengunjung di antara lokasi dipermudahkan dengan perkhidmatan kereta bergerabak yang mengelilingi kawasan setiap 15 minit.


INFO GRAFIK

Aktiviti di Club Med
-Berlayar
-Golf
-Kayak
-Memanah
-Daki tembok
-Yoga
-Santuari penyu

Kemudahan
-Spa
-Gimnasium
-Kolam renang
-Tenis
-Bola tampar
-Bar

May 18, 2010

Apa Dah Jadi Dengan Keropok Lekor T'ganu


GERAI kecil yang menjual keropok lekor di Kampung Losong, Terengganu adalah persinggahan biasa setiap kali pulang ke kampung. Paling kurang pun sebungkus dua akan dibeli walaupun terpaksa beratur panjang semata-mata untuk melepaskan rindu pada makanan tradisional tersohor tu.

Itu suatu ketika dahulu...situasi dah jauh berubah sekarang. Gerai-gerai keropok di Losong hanya dikunjungi bas-bas pelancong luar yang 'tertipu' dengan cerita kehebatan rasa keropok lekor asli T'ganu (yang kini sudah hampir menjadi sejarah). Di kalangan orang T'ganu sendiri, Losong bukan lagi pilihan utama.

Minggu yang lalu aku pulang ke kampung selepas habis pelancaran Eco-Nature Resort di Club Med Cherating (stori Club Med menyusul pada post akan datang). Tiga bungkus keropok di order, dua bungkus yang dah siap digoreng dan satu bungkus yang dimasak rebus. Untuk pastikan aku dapat keropok terbaik aku sengaja beli di dua tempat berasingan. Satu di Losong dan satu lagi di gerai berhampiran Pejabat Pos Manir.

gambar hiasan

Tak sampai 20 minit aku dah pun sampai di umah. Keropok lekor yang dibeli dihidang sejam kemudian tapi kali ni hanya tiga batang disuapkan ke mulut. Padahal dahulu, bungkusan yang mengandungi 15 batang keropok kecil itu 'licin' dalam sekali hadap sahaja.

Keras, kecut, liut dengan 'setimbun' minyak, itulah cita dan rasa terbaru keropok lekor T'ganu. Satu dibeli dari gerai Losong yang tersohor dan satu lagi di Manir yang dihebohkan lebih baik daripada gerai-gerai di Losong. Hakikatnya, kedua-dua mempunyai kualiti yang sama, tak sedap!.

Di kalangan orang T'ganu, isu kemerosotan rasa keropok lekor sudah lama bermain di bibir. Jika dahulu nama Losong cukup terkenal, sekarang ramai yang mula tertanya-tanya.

Apa sudah jadi dengan industri keropok lekor di T'ganu hari ini? Mentang-mentang jumlah pelawat luar semakin bertambah takkan semua orang nak jual keropok?. Mentang-mentang orang luar hanya kenal 'keropok keras' di Jalan Tuanku Abdul Rahman, takkan semua nak hasilkan keropok.

tak lama lagi keropok Tganu tak mungkin jadi macam ni

Mana pergi rasa asli keropok lekor T'ganu yang gah suatu ketika dahulu? Memang benar, rasa ikan dalam setiap batang keropok kini kian berkurangan. Kini ia lebih kenyal kerana kandungan tepung dan sagu yang berlebihan. Adakah kerana kenaikan harga ikan, kualiti keropok juga terjejas? Tak relevan bukan? Apa salahnya kalau harga dinaikkan sedikit tetapi kualiti dan rasa masih dikekalkan. Itu yang lebih elok kerana orang lebih rela bayar lebih daripada kecewa ketika mengadap batang-batang lekor yang keras!

Perbandingannya, aku masih ingat semasa zaman belajar dahulu, kalau keropok dibungkus dan dibawa (dengan bas), sesampai keesokan paginya di KL, keropok masih lagi sedap dimakan tanpa perlu digoreng semula. Tapi sekarang, ia seperti sudah kurang daya preservation malah saiznya juga semakin mengecil.

Hakikatnya orang Tganu sendiri semakin lama semakin frust dan meloya dengan perangai peniaga-peniaga keropok di sekitar bandar Kuala Terengganu yang hanya tahu mengaut keuntungan sahaja. Walaupun sambutan terhadap keropok masih lagi tinggi, mereka
tidak boleh sesuka hati mengubah resipi dan rasa sebenar keropok lekor.
"Ia adalah produk signature Terengganu, mengubahnya adalah berdosa".

gambar hiasan
Faktor utama yang menyebabkan perkara itu adalah sifat tamak mengaut untung. Memang menguntungkan. Lima enam tahun yang lalu, pembekal ikan kepada peniaga-peniaga keropok lekor di Losong pernah berkongsi cerita pendapatan mereka. Dengan keuntungan RM3,000 hingga RM6,000 sehari, ramai yang sudah bergelar jutawan. Bagus, tapi...kini mungkin ramai juga yang ingin menjadi jutawan segera.

Sebenarnya, kekecewaan menikmati makanan di Terengganu bukan setakat keropok sahaja, aku masih ingat selepas pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya, harga makanan juga melambung dengan tinggi. Ini semua adalah sikap bodoh sombong peniaga makanan (khususnya) yang tidak akan membawa sebarang keuntungan jangka masa panjang.

Malah ia merupakan satu daripada halangan dan musuh terbesar kepada usaha Kerajaan Negeri Terengganu mempromosikan pelancongan bandar di negeri itu. Jika dahulu T'ganu dikenali sebagai destinasi yang mudah dan murah untuk mencari makan, tetapi sekarang jangan terkejut kerana harga makanan di bandar itu setanding dengan Kuala Lumpur. Soalannya lagi, maju sangat ke Kuala Terengganu sehingga nasi berlauk ayam goreng dan sayur + teh O air sehingga RM8? Atau mungkin lebih mahal bagi pelawat luar.

Sapa sini je celoteh ambe kali ni. Kalu ade orang ganung bace blog amber ni fikir2 la sekali deh. Jangang sapa produk warisan kite ni bertukar trademark jadi hok orang negeri sebelah pulok :P Peace!

May 6, 2010

Buaya Sangkut dan Upih Guling

AKHIRNYA sampai jugak ke Taman Negara Endau Rompin. Antara taman negara yang dah lama termasuk dalam favourite list. Kali ni kunjungan diatur rakan setugas di biro Johor Baharu, Arif Nizam. Antara Reporter satu batch yang masih kekal dengan kompani. Dah tak ramai dah!

Yang ikut kali ini Cynthia Yeoh, wartawan dari meja ekonomi. Juga satu batch. Selepas hampir lima tahun, seorang demi seorang dah meninggalkan Utusan Malaysia. Kini yang tinggal hanya beberapa kerat daripada 22 orang batch kami.

Cynthia pulak akan bertukar angin ke PR co tak lama lagi. "Grass is greener on the other side?"... Turn aku? Tak tahu lagi, so far ok kerja dengan kompani, cuma heavy works tu kadang kala buatkan aku nak je brenti. Tapi syukur dapat kuar buat assigment dan release-kan beban. Bussy all weekday-enjoy on the weekend.. tu lah kitaran hidup aku buat masa ni.
"Grass is greener on the other side..Amoi?"

Endau Rompin

Malam sebelum bertolak ke ER aku tak tidur semalaman kerana rushing siapkan page Sabtu. Aku, Cynthia, Hana (graphic artist) dan Hatim (photographer) bertolak dari pejabat di Chan Sow Lin ke Kahang pada pukul 3.30 pagi.

Perjalanan dari KL ke Johor menggunakan exit Ayer Hitam, melalui Bandar Kluang then selepas tiga jam kami sampai ke Kahang iaitu Pejabat Taman Negara Endau Rompin. Sempat, breakfast di sebelah pejabat sementara menunggu Arif yang drive dari Johor. Lambat la Arif!

Endau Rompin adalah nama hasil perkongsian dua taman di dua negari, Endau di Johor dan Rompin di Pahang. Berbeza dengan Taman Negara Jerantut, ER ni agak kurang dimasuki pelancong. Jumlah pelancong tahun lalu hanya 3,000 orang dan 20 peratus adalah pelancong luar. Mungkin kerana lokasinya yang jauh atau kurang promosi.

Kami meninggalkan kereta untuk 4H3M di depan pejabat Taman Negara di Kahang. Perjalanan ke Kompleks Pelawat di Kampung Peta menaiki 4wheeldrive mengambil masa dua jam. Agak penat tapi berbaloi.

Tumpuan utama bagi yang merancang percutian ke sana adalah Air Terjun Buaya Sangkut, Upih Guling, Gunung, Tasik Air Biru, lokasi tengok Kelah di Kuala Marong atau mendaki Gunung Janin Barat. Even tempat penginapan di Kuala Jasin sebenarnya sudah cukup memukau bagi mereka yang cintakan nature.

Air Terjun Buaya Sangkut adalah tarikan tersohor. Air terjun setinggi 40 meter yang mempunyai dongeng tersendiri. Pendakian dari tapak penginapan di Kuala Marong ke puncak Buaya Sangkut memakan masa empat jam. with a lot of pacat!!

Upih Guling adalah satu lagi tarikan. Juga kawasan air terjun tetapi mempunyai permukaaan batu berlubang-lubang akibat hakisan dan luluhawa yang berlaku sejak jutaan tahun lamanya. Air terjunnya juga cantik, dan di dalam lubang-lubang itu pelawat boleh bergambar dengan memasukkan kaki. Cuma berhati-hati tika kaki anda digigit, ada anak-anak ikan di dalam lubang-lubang sempit itu.

Destinasi terakhir kami adalah ke Tasik Air Biru. Hanya 15 minit perjalanan dari Kuala Marong. Ia bukan sebuah tasik, sebenarnya hanya takungan air daripada batang sungai yang mengalir perlahan. Ketenangan permukaan air seolah-olah seperti sebuah tasik.
Kejernihan air di kawasan ini tidak dapat dipertikaikan. Jernih sehingga menampakkan daun-daun dan batu-batu di dasarnya.

Berikutan adalah story yang dipublished minggu lalu 15/05/2010.

SATU buaya, satu bunian. Satu tersangkut, satu terguling." Itulah sebahagian daripada mitos yang akan sampai ke telinga anda jika melawat Taman Negara Endau Rompin (TNER). Kisah yang menceritakan asal-usul di sebalik nama dua lokasi paling popular di taman negara Negeri Johor itu.

Buaya Sangkut dan Upih Guling merupakan dua kawasan air terjun yang menjadi lokasi wajib dikunjungi dan antara yang sering disebut-sebut oleh mereka yang pernah menyaksikan keindahan belantara antara yang tertua di dunia itu.

Cerita mengenai seekor buaya dan nasib pemuda bunian itu disampaikan oleh Ayu, gadis Orang Asli yang menjadi juru pandu arah kumpulan kami semasa lawatan empat hari tiga malam ke TNER, baru-baru ini.

Tidak begitu terperinci kisah mengenai Buaya Sangkut dan Upih Guling yang dikongsikan Ayu, namun wanita dari suku Jakun itu sempat meringkaskan dongeng yang diperturunkan oleh nenek moyangnya itu kepada kami.

Menurut ceritanya, nama Buaya Sangkut diperolehi daripada kisah seorang ibu yang mendapat ramalan bahawa nyawa anak perempuannya akan berakhir di mulut seekor buaya. Bimbang dengan nasib malang yang bakal menimpa, si ibu melarikan anak gadisnya jauh ke hulu sungai dengan harapan buaya itu tidak akan dapat menjejak mereka.

Setelah beberapa hari bersembunyi di kawasan air terjun itu, mereka dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya besar yang merangkak naik melalui tembok batu yang kini merupakan laluan air terjun setinggi 40 meter itu.

Air Terjun Buaya Sangkut

Berkat doa si ibu yang amat menyayangi anak gadisnya, sang buaya ditakdirkan tersangkut di celah-celah bongkah batu dan lama-kelamaan bertukar menjadi batu. Bentuk haiwan itu masih boleh dilihat sehingga hari ini.

"Dari sini dapat lihat rupa seekor buaya seperti tersangkut di celah-celah laluan air terjun," kata Ayu sambil menunjukkan seketul batu bewarna kemerah-merahan dari puncak air terjun itu.

Kawasan air terjun tiga tingkat yang terletak di hulu Sungai Jasin itu boleh dikunjungi dengan mendapatkan khidmat penduduk Orang Asli di Kampung Peta yang berdaftar sebagai penunjuk arah dengan pihak taman negara.

Pendakian ke Buaya Sangkut

Dari resort tepi sungai di Kuala Jasin, perjalanan meredah hutan sejauh lima kilometer memakan masa kira-kira empat jam. Walaupun terpaksa memerah keringat sehingga sehari suntuk, pendakian meredah hutan yang dihiasi himpunan pokok kipas (palma) di situ menyajikan pemandangan yang cukup berbeza dengan hutan-hutan lain di negara ini.

Kemuncak kepuasan adalah ketika berdiri di bahagian paling puncak dan kaki air terjun itu. Limpahan air yang mencurah menghasilkan deruan yang cukup mendebarkan. Namun ia satu pengalaman yang berbaloi untuk dijejaki.

Bagi yang tidak gayat, pandangan dari puncak Buaya Sangkut memperlihat kolam takungan berbatu hitam yang diselubungi wap-wap dan percikan air yang memutih. Keindahan yang terus melampiaskan kepenatan di lutut dan pergelangan kaki.

Bagaimanapun kesuntukan masa tidak membenarkan kami menikmati pesona alam Endau itu lebih lama. Sebaik sahaja tiba di chalet Kuala Jasin pada lewat petang ini, masing-masing bergegas turun ke sungai Jasin untuk menyejukkan badan.

Dari tempat penginapan di tepi sungai itu, kedengaran jelas deruan arus jeram yang terhasil daripada pertemuan Sungai Jasin dan Endau. Kebebasan tanpa talian telefon dan siaran televisyen yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Kedengaran di telinga hanyalah bunyi-bunyi unggas yang bersahutan.

Upih Guling

Keesokkan harinya kami di bawa ke sebuah kampung. Namun apa yang jelas pada mata hanyalah kawasan jeram berbatu hampar yang luas dan cantik tetapi tidak pula berpenghuni.

Ayu sebagai penglipur lara menyambung mitos kedua masyarakat orang asli Jakun mengenai 'kampung' yang dimaksudkan. Ia dipanggil Upih Guling.

"Seperti orang Melayu kami orang Jakun juga percaya kewujudan alam bunian. Upih Guling ini adalah satu daripada perkampungan mereka," jelasnya dengan nada berbisik.

Jeram Upih Guling yang mengalirkan arus Sungai Jasin adalah tarikan kedua paling popular di Taman Negara Endau Rompin yang terbentang seluas 49,000 hektar itu.

Ia mendapat nama daripada kisah seorang pemuda bunian bernama Upih yang kecewa dalam percintaannya dengan seorang gadis di kampung itu.

Diceritakan pada suatu hari ketika Upih sedang memencilkan diri di kawasan jeram itu dia tiba-tiba disapa oleh wanita idamannya. Upih yang terkejut kemudian tergelincir dan jatuh terguling-guling sehingga bertemu ajal di situ.

Satu lagi versi mengatakan Upih ialah seorang pemuda kampung bunian yang suka berlaga ayam. Jeram yang menjadi tempat kegiatan rahsia Upih bersama rakan-rakannya itu akhirnya diserbu oleh kekasihnya sehingga dia terkejut dan terjatuh lalu menerima nasib yang sama.

Benar ataupun dongeng, kisah malang si Upih itu tidak begitu penting jika anda sedang berdiri di atas permukaan batu hampar itu. Keindahan batu berlubang yang terhasil akibat proses lulu-hawa sejak jutaan tahun itu jauh lebih menarik untuk diamati.

Kawasan batuan unik di Upih Guling

Di antara kolam berlubang kecil itu ada juga yang boleh memuatkan seorang lelaki dewasa dengan kedalaman paras pinggang. Keunikan yang hampir sama seperti yang terdapat di Gunung Stong, Kelantan. Selain keunikan geologi yang dipercayai berusia 248 juta tahun, Upih Guling juga mempunyai beberapa kolam air terjun yang cukup menawan.

Tasik Air Biru

Lokasi terakhir yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari Kuala Marong mempunyai nama yang agak jelas. Tidak diketahui pula jika Tasik Air Biru itu juga menyimpan mitos dan lagenda yang tersendiri.

Ini lokasi ketiga paling popular di TNER. Ia sebenarnya bukanlah sebuah tasik tetapi kolam takungan di aliran sungai yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter.

Tarikan yang membuatkan lawatan anda ke taman negara yang dibuka pada 1985 itu cukup berbaloi adalah kejernihan air yang tiada tandingan di mana-mana sungai di negara ini. Selepas melawat Royal Belum di Perak, Taman Negara Pahang dan Taman Negara Lambir di Sarawak, sungai di kawasan taman negara itu adalah yang paling jernih setakat ini.

Tasik Air Biru

Pengurus Taman sedang feeding Kelah di Tasik Air Biru

Dari gigi air hingga ke dasar kolam, kejernihan Tasik Air Biru yang menampakkan batu-batu sungai, daun-daun mati yang berkumpul di dasar dan penghuninya seperti Kelah, Tengas dan Lampam.

Maklumat lanjut mengenai penginapan dan lawatan ke TNER termasuk pakej aktiviti kayak dan meredah hutan boleh diperolehi dengan menghubungi Pejabat Taman Negara Endau-Rompin di Kahang, Johor di talian 07-7882812 atau emel kepada peta_er@yahoo.com.


May 4, 2010

Top 6 Diving Destination

KEPUASAN dan ketenangan minda ketika menerokai keindahan alam di bawah permukaan air sememangnya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Melihat keunikan dan keanehan hidupan yang selama ini asing pada pandangan mata adalah faktor yang 'menarik' penyelam skuba untuk terus terjun ke dasar laut.

Bukan itu sahaja, jenis dan kategori selam yang berbeza juga sering menjanjikan pengalaman dan sesuatu yang baru untuk dicuba.Bagi penyelam skuba kunci utama untuk mencapai kepuasan ketika menyelam adalah eksplorasi. Selepas puas meneroka keindahan di satu-satu lokasi, mereka akan beralih ke lokasi seterusnya.

Kali ini penulis berkongsi lokasi-lokasi selam skuba terbaik di seluruh dunia untuk dimasukkan ke dalam senarai destinasi wajib dikunjungi penyelam.

Sipadan dan Layang-Layang, Malaysia

MALAYSIA tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti selam skuba. Perairan beriklim tropika menjadikan negara ini antara destinasi kegemaran penyelam dari seluruh dunia. Selain keindahan pulau-pulau seperti Redang, Perhentian dan Tioman, Malaysia mempunyai beberapa lokasi selam yang eksklusif yang bertaraf dunia.

Pulau Sipadan di Sabah yang pernah tergolong antara pulau tercantik di dunia masih lagi kekal sebagai permata dalam dunia selam skuba. Pulau kecil itu kaya dengan pelbagai spesies jerung, ikan lumba-lumba, alu-alu, penyu dan pari.

Sipadan terkenal dengan keindahan terumbu karang dan hidupan macro (halus) yang memenuhi 'galeri dinding' di sekeliling pulau berbentuk cendawan itu. Antara lokasi kegemaran penyelam di Laut Celebes itu adalah Barracuda Point dan South Point. Bagi penyelam tempatan, selam skuba sememangnya tidak lengkap selagi tidak menjejakkan kaki ke khazanah tidak ternilai ini.
Selain Sipadan, Sabah juga mempunyai beberapa lagi lokasi selam yang dianggap setanding seperti Pulau Layang-Layang, Mabul dan Kapalai.

Great Barrier Reef, Australia

TERUMBU karang Great Barrier di Australia adalah syurga bagi penyelam skuba. Ia merupakan kompleks terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 himpunan terumbu di kawasan seluas 344,400 kilometer persegi.
Antara lokasi selam paling digemari di sini adalah di Cod Hole, rangka kapal Yongola dan Pixie Pinnacle. Seperti juga Maldives, selaman dari atas kapal atau LOB adalah cara terbaik untuk menerokai keindahan terumbu karang Great Barrier.



Galapagos, Lautan Pasifik

GALAPAGOS merupakan habitat semula jadi paling kompleks bagi spesies terancam di dunia ketika ini. Pulau yang pernah menjadi 'makmal' kajian Charles Darwin itu kini merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO yang saban tahun menduduki carta teratas destinasi selam skuba antarabangsa.

Dengan jarak penglihatan sehingga 30 meter dan kedalaman melebihi 20 meter, penyelam bukan sahaja berpeluang melihat jerung, penyu dan paus malah jika bernasib baik boleh menyelam bersama kumpulan anjing laut yang jinak. Cabaran menyelam di Galapagos adalah suhu sejuk sehingga lima darjah celsius (September hingga November) sebelum ia meningkat sehingga 30 darjah celsius menjelang Februari hingga April setiap tahun.

Arus deras dan sejuk di dasar laut menjadikan lokasi itu hanya sesuai untuk penyelam-penyelam yang berpengalaman. Bagi penyelam baru, selaman pada waktu malam di perairan cetek sudah cukup menjanjikan pengalaman luar biasa. Di darat pelawat berpeluang menyaksikan spesies burung, penguin dan iguana yang selama ini hanya dapat dilihat di dalam zoo.

Kepulauan Palau, Lautan Pasifik

REPUBLIK Palau yang terletak kira-kira 800 kilometer dari timur Filipina di kepulauan Micronesia merangkumi keluasan 7.8 juta kilometer persegi. Menyamai bentuk muka bumi di kepulauan Maldives, gugusan pulau-pulau kecil Palau menjanjikan peluang untuk penyelam bersemuka dengan beberapa spesies jerung termasuk gray reef, hammerhead dan tigershark.

Bagi yang menggemari selaman rangka kapal, Palau mempunyai beberapa lokasi terbaik seperti Helmet Wreck, Iro Maru dan Jake Sea Plane. Dua kapal perang dan satu pesawat tempur tenggelam itu merupakan tinggalan Perang Dunia Kedua yang kini menjadi kediaman pelbagai spesies marin.

Selain itu, Palau juga terkenal dengan pengalaman selam snorkel di tasik yang dipenuhi ribuan obor-obor yang tidak berbisa. Jika bukan tercantik di dunia, Palau adalah yang lokasi selam tercantik di Lautan Pasifik.

Maldives

KEPULAUAN Maldives yang terbentuk daripada 26 rangkaian kepulauan kecil atau dipanggil atoll merupakan antara lokasi selam skuba paling cantik di dunia. Perairan yang dipenuhi terumbu karang itu menjadi habitat kepada lebih1,000 spesies ikan dan pelbagai hidupan marin.

Selain tarikan spesiesnya, penyelam juga dijamu keunikan landskap berbentuk gua, terusan dasar laut, gantungan batu dan lerengan dinding yang terbentuk daripada pulau-pulau yang terletak rapat. Pengalaman menyelam di Maldives diperhebatkan dengan air sejernih kristal yang memberikan jarak penglihatan di dasar sehingga 40 meter. Faktor paling penting yang menentukan keseronokan menyelam.

Permukaan dasar lautnya yang berbonggol dan berbukit menghalakan arus deras yang menjadi lokasi kegemaran ikan-ikan besar berkumpul. Di antara beratus-ratus lokasi selam Palau, Kudarah Tila, Felidhu Atoll dan Baa Atoll adalah antara yang paling dikunjungi.

Kemuncak selam skuba di Palau semestinya di Ari Atoll di mana peratusan untuk bersemuka dengan pelbagai spesies jerung, kumpulan alu-alu, Napoleon dan beberapa spesies par sangat tinggi. Walaupun resort-resort dibuka sepanjang tahun, waktu terbaik untuk menyelam di Maldives adalah antara April hingga Jun dan Disember hingga Mac.

Blue Hole, Belize

TERLETAK di Amerika Tengah, Belize yang dahulunya dikenali sebagai British Honduras adalah satu lagi nama besar dalam 10 destinasi selam paling popular. Populariti Belize bermula selepas pendedahan oleh Jacques Cousteau (individu penting dalam selam skuba) mengenai kewujudan Blue Hole semasa penerokaan bersama kapalnya, The Calypso pada tahun 1971.

Penemuan lokasi selam paling ikonik di gugusan pulau yang dinamakan The Lighthouse Reef itu tersebar pantas apabila beliau memasukkan Blue Hole ke dalam senarai lokasi selam kegemarannya. Blue Hole adalah lubang sedalam 145 meter yang menjadi kegilaan penyelam-penyelam berpengalaman.

Lohong yang menjadikan permukaannya berwarna biru gelap itu dikatakan terhasil pada zaman glasier sebelum ditenggelami semula oleh paras laut. Kini keunikan lokasi selam yang dipenuhi jerung dan garupa itu diangkat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Suunto D4 dan Zoop

Suunto didatangkan dalam beberapa pilihan warna

KESELAMATAN ketika berada di dasar laut adalah antara benda yang paling ditakuti bagi mereka yang ingin menceburi dunia selam skuba. Tapi inovasi dan perkembangan teknologi dalam peralatan skuba yang semakin canggih telah membuktikan ia semakin selamat.

Sejak penciptaan pengawal atur (regulator) oleh Jacques Cousteau pada 1942, antara peralatan skuba terpenting yang pernah dihasilkan manusia adalah komputer selam. Keperluannya adalah seperti memiliki sebuah kompas ketika di dalam hutan, malah bagi yang memahami ketelitian undang-undang skuba, alat itu diibaratkan sebagai 'nyawa' setiap kali turun menyelam.

Kelebihan dive com yang dipakai seperti jam tangan itu adalah keupayaan melakukan pengiraan nyah-mampat (decompression) secara automatik menggantikan pengiraan cara manual menggunakan jadual selam. (dive table). Secara umumnya, status nyah-mampat semasa menyelam dipengaruhi oleh dua faktor iaitu kedalaman dan tempoh selaman yang dilakukan. Ringkasnya pula, semakin dalam seseorang itu menyelam maka semakin singkatlah waktu selaman.

Kegagalan mematuhi peraturan berkaitan dua faktor itu boleh menyebabkan penyelam mengalami penyakit nyah-mampat (DCS) akibat kandungan nitrogen yang berlebihan di dalam badan. Situasi yang boleh membawa maut. Jika diperincikan, keselamatan selam skuba sebenarnya sangat berkait-rapat kepada pengiraan nyah-mampat seperti yang digariskan mengikut piawaian antarabangsa.

Melalui paparan maklumat yang dikemaskini sepanjang tempoh selaman pada skrin dive com, penyelam mampu mengawasi dan mematuhi peraturan dengan lebih tepat tanpa risiko kesilapan pengiraan secara manual. Dive com melakukan pengiraan dengan memantau tempoh selaman, kedalaman dan kedua-duanya sekali melalui kaedah pengiraan yang dinamik. Ia membantu meningkatkan keupayaan penyelam menyelam dengan lebih selamat, selesa dan lebih lama.

Paparan maklumat yang penting dikemaskini setiap tiga saat

Dengan mengira pergerakan pelbagai peringkat kedalaman, pengiraan dinamik secara langsung memaksimumkan masa semasa di dalam air. Dalam kata lain, pengguna dive com mempunyai lebih masa menyelam berbanding mereka yang melakukan pengiraan manual. Ketika melakukan hentian keselamatan (safety stop) pula, dive com memberitahu penyelam paras kedalaman dan tempoh masa yang sepatutnya. Dengan dive com, penyelam tidak perlu risau kerana jika terlupa atau melebihi paras sepatutnya (untuk safety stop) alat ini akan mengeluarkan bunyi sebagai amaran.

Di darat pula, pengiraan automatiknya menyatakan waktu selang di darat (surface interval) sebelum penyelam boleh melakukan selaman seterusnya. Dengan alat itu juga, penyelam tidak perlu bersusah-payah mencatat kedalaman, tempoh selaman, waktu serta bilangan selaman yang telah dilakukan kerana semua data telah tersimpan di dalamnya.

Selain kelebihan yang dinyatakan di sini, dive com juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi penting yang biasanya ada pada jam tangan. Bagi yang merancang untuk turun ke laut pada musim cuti akan datang fikirkan keselamatan anda ketika menyelam. Dive com adalah alat pertama yang harus dimiliki sebelum melabur untuk kelengkapan selam yang lain.

Suunto sebagai pengeluar alat perincian prestasi sukan berketepatan tinggi menawarkan pelbagai pilihan dive com yang menjadikannya antara jenama paling popular di negara ini. Dengan penampilan bergaya kasual seperti jam tangan, D4 adalah model popular dan paling banyak terlilit di tangan penyelam dengan fungsi yang mudah dioperasikan. Dapatkan satu.

D4 adalah komputer selam nyahmampat penuh yang mampu mengukur kedalaman dengan tepat pada setiap tiga saat dan mampu bertahan sehingga kedalaman kira-kira 100 meter.
Pada pilihan mod udara, D4 memaparkan maklumat paling penting kepada pemakai iaitu paras kedalaman semasa, kedalaman maksimum, waktu penuh selaman, waktu selang di darat dan suhu air.
D4 yang ringan, fungsi mudah digunakan dan bergaya menjanjikan keseronokan selam skuba dengan jaminan bateri yang tahan antara tiga hingga empat tahun.
Alat yang dilengkapi penyambungan dan perisian komputer untuk penyimpanan data itu kini boleh didapati dalam pilihan warna biru, kuning, merah, hitam dan putih.

Zoop adalah dive comm terbaru dilancarkan Suunto

ZOOP adalah model terbaru komputer selam keluaran Suunto yang menawarkan operasi mudah digunakan untuk penyelam rekreasi dengan nilai yang sukar ditandingi.
Komputer selam peringkat permulaan yang dilengkapi dengan dua mod utama iaitu nyahmampat penuh dan nitrox itu menjanjikan keselesaan dan memenuhi keperluan menyelam untuk beberapa tahun.
Bagi mod nitrox, Zoop boleh diprogramkan untuk campuran kandungan 21 peratus nitrogen dan 50 peratus oksigen. Zoop seberat 68 gram menggunakan algorithm RGBM bagi membolehkan penyahmampatan lebih fleksibel. Peringatan visual dan bunyi mampu beroperasi sama ada dengan pilihan kedalaman maksimum atau tempoh selaman.
Model yang menggantikan Gekko itu juga dilengkapi perancang selaman bina dalam dengan sambungan kabel perisian komputer untuk tujuan penyimpanan data. Unit dijual pada harga RM947.