Jan 6, 2010

Megalith Sarawak

Kumpulan kami bersama penduduk Kampung Pa'Mada

SEPANJANG dua tahun kerja di Kuching aku rasa antara trip assigment yang paling best adalah masa ikut Jabatan Hutan Sarawak masuk ke pedalaman Miri.
Sepanjang pengembaraan 5 hari, kami singgah di tiga penempatan Kelabit. Pertama Ramudu, kemudian ke Pa' Mada, selepas tu ke Pa'Berang (pengkalan bot ke Bario).
Misi utama adalah untuk menjejak orang Kelabit.
Mengikut jurucakap Jabatan Hutan Sarawak (JHS), kewujudan monumen batu berukir tu hanya diketahui kira-kira setahun sebelum tu (2005/06).
Jadi xpdc kami pada tahun 2007 tu kira kunjungan media pertama selepas maklumat dan lokasi megalith tu didedahkan oleh penduduk kawasan tanah tinggi tu kepada JHS.
Selepas briefing trip oleh Wilhemina Cluny-Pengurus Projek Tapak Peninggalan Kebudayaan dan Projek Biodiversiti, Pertubuhan Kayu-kayan Tropika Antarabangsa (ITTO) di Kuching, aku memang excited untuk cover assignment ni.
Dari Kuching, flight terbang ke Miri, tempat berkumpulnya para media, pilot 4x4 dan wakil penduduk. Dari Miri, perjalanan ke Ramudu memakan masa lebih kurang 13 jam.
Jalan offroad memang kategori hardcore dan hanya kenderaan 4x4 ja yang boleh lepas laluan balak sejauh 400 kilometer tu. Untuk pengetahuan, kesemua tiga penempatan Kelabit tu terletak dalam kawasan Taman Negara Pulong Tau.

Laluan pedalaman Miri yang mengecutkan perut

Sepanjang laluan balak, banyak benda-benda menarik. Selain view hutan, sungai, kiri-kanan jalan juga ada air terjun dan paling tak dapat lupa masa berselisih dengan lori balak kat cerung bukit. Sayup rasa hati bila tengok pucuk-pucuk pokok berada sama level dengan kami.
Perjalanan guna jalan balak ni rupa-rupanya ada undang-undang sendiri. Kalau jalan biasa kita guna sebelah kiri tapi laluan balak ni terbalik, guna sebelah kanan.
Sebabnya untuk mengelak kenderaan yang meluncur turun bukit daripada memandu terlalu dekat dengan cerung. Kalau bertembung, kenderaan di atas bukit dapat keutamaan untuk jalan dulu. Kenderaan di kawasan rendah terpaksa berhenti untuk beri laluan.
Walaupun lebih 10 jam, perjalanan kira ok sebab hujan dah beberapa hari tak turun. So jalan memang ada kering. Tapi yang letihnya sebuah kenderaan hanya muat 2-3 orang sahaja. So kebanyakan masa, aku dan media lelaki terpaksa tadah punggung duduk atas papan yang digalang di belakang 4x4.


Krem jugak lah punggung tapi takpa megalith punya pasal. Lagipun bukan senang nak dapat peluang pergi Bario guna jalan darat. Masa tu antara budak Utusan hanya aku dengan Apai je yang pernah sampai ke Bario lalu jalan darat.

RAMUDU

Lebih kurang satu kilometer sebelum sampai ke Ramudu, 4x4 kami terkandas dalam selut dalam. Selepas lebih sejam tunggu winching, kami pun sampai di persinggahan pertama.
Di Ramudu, Supang Miris, anak jati Ramudu yang menetap di Miri menyambut kehadiran kami. Sepanjang dua hari di kampung tu, kami tinggal dan makan di rumahnya..ala-ala homestay la.
Wanita Kelabit dalam usia 40-an ni sekarang menetap di Miri (mix marriage Kelabit dengan Cina). So sebagai orang yang paling educated dan menghargai tinggalan sejarah kampung, Supang balik ke kampung untuk tunjukkan kami megalith-megalith yang ada di Ramudu.
Kagum jugak bila dapat tahu dia drive sendiri 4x4 dari Miri ke kampung tu, dengan hanya ditemani anak perempuannya, Sally Tang, 5 tahun.
Press conference yang paling sempoi, tape recorder letak tepi ja la..

Malam tu Supang yang fasih English brief serba sedikit pasal asal usul megalith atau orang local panggil batu narit. Selepas makan malam style Kelabit, kami tidur untuk hilangkan penat selepas seharian berada dalam kenderaan.

Dinner Kelabit style...makan je, jangan banyak songe!

Esoknya, kumpulan media, aku, Mawi & Linda-Bernama, Saibi-Borneo Post, Lo-paper cina Miri, dan beberapa lagi media local berkumpul tak jauh dari kawasan lapang sebelum start trekking ke batu narit pertama iaitu batu Lidung Kitung.
Rupa-rupanya padang luas tu pernah digunakan sebagai landasan untuk kapal terbang kecil mendarat di Ramudu.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama berlepas dahulu dengan seorang local guide. Aku, Linda dan Mawi dan Lo yang berada di dalam kumpulan kedua bersama Supang.
Perjalanan kami menyelusuri tebing jeram yang berarus deras. Dari tepi sungai, tiba-tiba Supang melaung-laung, rupa-rupanya dia dengar enjin bot anak buah dia yang menuju ke arah yang sama.
Jadi pendek cerita kami empat orang 'dipaksa' masuk ke dalam bot yang sebenarnya kami sangat tak yakin untuk naik semula ke darat.
Masa bot ni menyusur arus jeram, air dah mula memercik ke muka, pastu ke tangan, ke paha, ke perut dan senang cakap ke seluruh anggota badan. Cuak gila, even kamera yang tersangkut di leher dah tak dipedulikan. Basah lenjun sebab dua-dua tangan memegang kemas bibir sampan.

Anytime anywhere...terlingkup haru.

Antara genggaman kemas dengan permukaan air masa tu lebih kurang dua inci ja. Air dah mula masuk dalam sampan. Punggung pulak memang dah tak leh nak gerak langsung. Silap gerak sikit ja, aku rasa sampan tu memang terlingkup. Kira-kira 15 minit juga baru kami sampai ke batu Lidung Kitong.
Tempat pengebumian kuno masyarakat Kelabit.
Batu ni berbentuk pelantar, kira-kira 4 meter tinggi lebih kurang. Untuk panjat ke atas hanya ada sebatang buluh yang ditakik-takik macam tangga. Walaupun dah reput terpaksalah naik untuk tengok benda apa yang istimewa sangat kat Lidong Kitung ni.
Di puncak Lidung Kitong

Kat puncak pelantar tu mulut Supang terkumat-kamit membaca doa dalam bahasa Inggeris. Doa tu adalah doa minta kebenaran untuk mengeluarkan sekejap nenek moyang mereka yang bersemadi di situ.
Selepas semak-semak di atas permukaan batu tu ditebas, Supang menghulurkan tangan ke dalam satu lubang, seakan-akan gua kecil yang dibuat daripada susunan batu.
Perlahan-lahan dikeluarkan kepingan tengkorak (bahagian muka). Selepas kami 'memberikan' gambar-gambar yang kami kehendaki, Supang masukkan semula ke dalam gua kecik tu.

Supang mengeluarkan nenek moyangnya.

Menurut kata Supang, tempat pengebumian berusia ratusan tahun itu ditinggalkan selepas kedatangan Kristian pada sekitar 1940-an. Sebelum tu, masyarakat Kelabit yang beragama Pagan mempercayai mayat harus dikebumikan ditempat tinggi supaya roh si mati tidak diganggu.
"Mereka disemadikan bersama barang-barang kemas bernilai seperti subang dan rantai-rantai manik terbaik.
"Namun semua itu sudah tiada kerana kubur-kubur ini pernah diceroboh,''katanya.
Semasa kanak-kanak masih banyak tengkorak di atas batu Lidung Kitung ni, jelasnya lagi.

"Sebahagian daripada artifak yang tersimpan dalam kubur purba tu dikatakan dilarikan oleh bekas kurator muzium Sarawak, Tom Harisson"

Lepas tengok Lidung Kitong, Supang bawa kami ke lokasi batu narit kedua yang terletak tidak jauh dari situ.

Batu narit Long Kesi

Masa kami sampai, batu ni masih ditutupi lumut tebal. Lepas Supang bersihkan permukaan batu bulat ni baru kami nampak objek-objek yang diukir sezaman dengan batu Lidung Kitong tadi.
Antara imejnya seorang lelaki sedang menarik kerbau, lelaki membawa bendera dan lukisan bulat yang ditafsirkan sebagai duit syiling penjajah.
Menurut sejarah, batu Long Kesi diukir oleh Penghulu Tinggang yang pernah menjadi ketua masyarakat Kelabit di situ.
Selain Lidung Kitong dan Long Kesi, ada dua lagi Megalith Kelabit di Ramudu iaitu Batu Tuked Rini yang ada dua kesan tapak kaki dan batu narit Long Tenarit.
Batu Tuked Rini ada di Long Tepoyan dan batu Long Tenarit di Long Penagan (Long dalam bahasa Orang Ulu bermaksud kawasan Ulu).
Batu narit Long Tenarit diukir sempena mengingati kisah penyembelihan seekor harimau yang pernah membaham berpuluh-puluh penduduk di situ.

to be continued...
akan datang

-press conference warga paling tua di Ramudu mengenai siapa Tuked Rini (Upai Semaring) dalam masyarakat Kelabit.
-Batu Iran Tuked Rini di Pa'mada.
-Batu narit Pa'Beruang.
-Batu narit Arur Bilit di Bario megalith (terbesar).
-pengalaman menaiki bot ke Bario.

1 comment:

  1. alamak bro, bestnya aktivity korang. Kalau ada lagi aktiviti mcm tok, iboh lupa padah awal2 k.. Nak join jg la.. tp atas nama freelance writer.

    ReplyDelete