Peluang berada di
zoo
misalnya antara kesempatan yang sering digunakan oleh kebanyakan peminat fotografi
untuk merakam aksi menarik pelbagai spesies haiwan.Tanpa perlu berbelanja besar untuk menempah tiket penerbangan ke safari atau taman negara,
fotografi
zoo
atau taman-taman haiwan hanya memerlukan selaras lensa telefoto yang baik.Lensa terbaik untuk tujuan itu adalah yang mempunyai bukaan pengatup luas antara f/2.8 hingga f/4 untuk mendapatkan imej yang kemas dan tajam.
Penggunaan lensa jenis itu juga membantu mengasingkan subjek dengan latar belakangnya. Selain itu kesan kabur juga amat berguna untuk 'menghilangkan' struktur binaan manusia seperti pagar dan kandang.
Bagaimanapun untuk menghidupkan suasana semulajadi seperti di habitat sebenar, rakaman hidupan liar di
zoo
mungkin memakan sedikit masa. Kunjungan pada waktu pagi mungkin dapat memberikan kesan pencahayaan terbaik. Selamat mencuba.