Bulan ni kira-kiranya dah setahun lebih perpindahan kami ke Kajang. Mukim penempatan baru selepas mendirikan rumah tangga :) Alhamdulillah walaupun agak sukar untuk keluar dari WILAYAH GOMBAK selepas lebih 10 tahun menetap di situ, kami akhirnya beralah demi kemudahan kami bersama.
Kiranya lokasi di Kajang/ Bangi ni paling ideal untuk -seorang yang bekerja di Cheras dan seorang lagi di Putrajaya.
Alhamdulillah selepas gigih mencari dan mencari- akhirnya diketemukan sebuah apartment yang dirasakan berbaloi untuk disewa. Pada harga sewa RM700 sebulan, rumah seluas 1,300 kaki persegi berhampiran Lebuhraya Silk itu dirasakan sudah cukup baik. Lalu dibayar deposit dan disewa unit yang berada di tingkat 3.
Selepas setengah tahun, alhamdulillah ternampak poster sebuah unit apartment untuk dijual di tingkat satu. Kawtim punya kawtim- dapatlah harga yang boleh dikatakan agak baik. Owner pun nak jual cepat sebab nak bahagi harta dengan Ex Wife dia (divorce la tu, nauzubillah).
Rumah beli ni status- Bumi unit- Pegangan Kekal (Freehold). 4 bilik 3 bilik air, make up of 1,300 square feet.
Setengah tahun lebih berlalu, proses beli rumah pun selesai (agak lama sebenarnya walaupun lawyer tu kawan aku sendiri yang buat). Dan April 2013, akhirnya kami melangkah ke rumah baru.
(Sebelum itu) -keadaan rumah sebelum beli boleh dikatakan dalam keadaan baik. Hampir kosong, tiada perabot yang perlu diusung. Cuma dinding penuh dengan conteng dan lukisan kanak-kanak, kind of scary jugak masa tgok lukisan tu :)
Kemudian, dalam bajet yang agak terhad, list-list renovation mula bermain di kepala dan costingnya juga berbutir-butir keluar dari kalkulator; ni antara benda yang perlu diutamakan ;
1) Dapur - Bina kabinet, table top untuk dapur dan sinki, pasang tile utk pantry room (8kaki X 4 Kaki)
2) Dinding - Cat - semuanya tiga color. Guna brand SKK, satu tong 5 liter dalam RM80. Computerized mix. Ada code kalau2 nak beli semula warna yang sama.
3) Wiring - Dibuat kemudian selepas masuk rumah (sebab bajet tak cukup dulu).
So Jun baru ni, rumah pertama kami boleh dikatakan siap walaupun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
(pintu toilet nak kena repair, lubang salah satu toilet yang dijadikan bilik mesin basuh perlu disimen semula) & nak kena custom build almari baju gergasi yang masih belum buat. (bajet constrain).
Berikut antara bajet :
1-Kitchen kabinet : RM3,600
2-2 buah table top (dapur dan sinki) : RM700
3-Pasang tiles (8kaki X 4 Kaki) : RM400
4-Cat dinding dan siling Keluasan 1,300 sf : RM1,200
5-Wiring pemasangan aircond, water heater, tambah point plug, pasang kipas siling dan lampu : RM700
Untuk item 1 aku upah kontraktor Cina atas recomendation cousin. Memang murah dan tak berkira sangat. Kekemasan kerja mmg tip top. Murah atau tak RM3,600 utk dapur kami, korang nilaikan sendiri lah ya.
Item 2 & 3 & 4- Upah seorang pakcik Indo yang dah 10 tahun tinggal di Bangi. Kerjanya juga bagus. Cuma kena bertegas sikit apa perkara yang kita nak buat, kalo tak dia akan buat ikut selera dia.
Item 5- Upah kontraktor Melayu atas rekomen kawan opis. Kerjanya puas hati. Jenis orang yang mementingkan kualiti dan keselamatan. Bukan main cincai sambung wayar jer. Sepanjang dia buat kerja, dia akan terangkan apa yang patut dan tak patut.
Ok. setakat tu dulu. Adios. Doakan kediaman ini dilindungi Allah.
OVERALL DAPUR DAN KABINET (SIAP)
GAMBAR DAPUR SEBELUM
GAMBAR DAPUR SELEPAS
KABINET DAPUR SEBELUM
KABINET DAPUR SELEPAS
SINKI KAT PANTRY SEBELUM
SINKI KAT PANTRY SELEPAS
RUANG TAMU SELEPAS