Nov 26, 2011

Gerhana Bulan Penuh


Pada 10 Disember ini, jangan lepaskan peluang untuk melihat satu daripada kejadian alam yang cukup hebat. Gerhana bulan penuh. Video ini bukan lagi video sebenar gerhana (belum berlaku mcmana nak ada video) yang ni aku hasilkan menggunakan teknik timelapse, iaitu simulasi (jangkaan secara visual). Tidak semestinya menggambarkan apa yang akan berlaku sebenarnya, tapi lebih kurang la.
Kejadian pada malam 10 Disember boleh disaksikan oleh semua penduduk di Asia dan beberapa benua utama di dunia kecuali di Amerika Selatan. Di Malaysia, bulan akan mula  naik dari arah timur dan akan mengalami gerhana sekitar pukul 9 malam. Gerhana penuh akan berterusan selama kira-kira sejam.  
Insyaallah aku akan menghasilkan video timelapse sebenar pada malam tu jika cuaca mengizinkan..n Enjoy.


Video yang aku buat kat atas tu adalah rakaman dari beranda rumah di Melawati, footage scenary adalah real timelapse, manakala Lunar Eclipse tu adalah simulasi di dalam software. Salam Maal Hijrah.

Nov 9, 2011

KLCC in timelapse

Salam, Selamat Hari Raya Aidiadha kepada semua rakan, followers n pembaca. Sory sbb  dah agak lama tak update blog ni. Rasa sikit terbeban  untuk nak menulis sekarang sebab komitmen kerja  sebagai penulis hakiki memang dah cukup memenatkan kepala otak. 
Agak tak ada life :) .


Anyways...life goes on. Get buzy living get buzy dying.
Sepanjang minggu  aku banyak ditugaskan di Parlimen, buat liputan pasal persidangan Dewan Rakyat. Jadi tak ada apa sangat yang menarik untuk dishare kali ini except hasil timelapse latest. Project timelapse yang start beberapa bulan lalu sekarang dah masuk minit ke 10 atau lebih....sekarang tengah kumpulkan shot-shot di tengah bandar untuk siapkan the whole project-anggaran dengan running time 15 minit.





Ini adalah timelapse KLCC yang dirakam dari Jelatek. Enjoy, more to come.