Sep 28, 2010

TUSA Visualator


Add ImageRIMAS dengan pandangan terhad semasa menyaksikan keindahan dasar laut? Berbeza dengan kebanyakan topeng selam yang terdapat di pasaran, Tusa menampilkan model Visualator untuk penglihatan dipertingkatkan.

Topeng selam keluaran jenama besar dalam industri selam skuba itu menawarkan pandangan panorama luas yang membolehkan penyelam melihat dengan lebih selesa seperti di darat.
Visualator adalah topeng selam yang menggunakan bingkai tunggal dengan lensa saiz besar.

Bingkai tunggal bermaksud pandangan tidak lagi terhalang dengan rangka topeng yang biasanya terletak di antara mata kiri dan kanan. Ia dilengkapi dengan paras penyesuaian yang boleh dirapatkan pada tengah kepala untuk jarak yang lebih baik antara mata dengan lensa, sekali gus meningkatkan sudut penglihatan sebanyak 2.5 kali.

Produk yang boleh didapati dalam pilihan warna biru, hitam, kuning, merah dan perak itu bagaimanapun lebih sesuai untuk penyelam berkepala besar.

No comments:

Post a Comment