SIRIP ikan jerung dihidangkan sebagai makan mewah yang menjadi lambang status dan kepercayaan masyarakat Asia kerana khasiatnya. Padahal menurut kajian yang dilakukan, saintis tidak menemui sebarang khasiat luar biasa yang ada pada sirip jerung.
Akibat permintaan yang tinggi terhadap sirip jerung di China dan negara Asia, aktiviti pemburuan jerung dilakukan secara berleluasa sejak dari tahun 70-an. Sejak itu, populasi beberapa spesies jerung direkodkan menurun sehingga 90 peratus.
Setiap tahun dianggarkan lebih kurang 10 juta ikan yu atau jerung MAUT daripada aktiviti pemburuan. Nilai sirip yang mahal turut menyumbang kepada kaedah pemburuan yang zalim di mana jerung-jerung yang ditangkap dipotong siripnya dan kemudian dilepaskan semula ke laut.
Tanpa sirip, jerung yang dilepaskan semula ke dalam laut bakal menemui nasib malang. Kebanyakannya mati akibat kecederaan, lemas dan gagal mendapatkan makanan sendiri.
Bayangkan, jika perkara yang sama dilakukan pada manusia.
Sebagai pemangsa utama di laut yang wujud sejak daripada zaman dinosaur, kemerosotan jumlah jerung telah menyebabkan gangguan yang serius dalam rantaian makanan yang kini semakin menjejaskan susun atur alam.
Jadi kenapa perlu makan sirip ikan jerung? Padahal rasa ayam jauh lebih sedap. Kadang-kala manusia cukup bodoh untuk terpengaruh dengan makanan-makanan yang hebat pada tanda harganya.
Jerung sepatutnya hidup bebas di lautan tanpa ancaman. Bertindak sekarang.
Hentikan permintaan pada sirip jerung untuk generasi seterusnya.

Saya setuju dangan saudara. Cara yang paling berkesan ialah elak terus dari makan dan membeli produk berasaskan exotik ini. Sekarang WWF ada melancarkan SOS. Apapun, good effort... sangat-sangat puji your effort
ReplyDeleteprob is SOS tu takda pendedahan secara meluas la Sharif.kita kena tolong WWF dgn lebih byk update n info sharing...keep our planet safe..
ReplyDelete