May 18, 2010

Apa Dah Jadi Dengan Keropok Lekor T'ganu


GERAI kecil yang menjual keropok lekor di Kampung Losong, Terengganu adalah persinggahan biasa setiap kali pulang ke kampung. Paling kurang pun sebungkus dua akan dibeli walaupun terpaksa beratur panjang semata-mata untuk melepaskan rindu pada makanan tradisional tersohor tu.

Itu suatu ketika dahulu...situasi dah jauh berubah sekarang. Gerai-gerai keropok di Losong hanya dikunjungi bas-bas pelancong luar yang 'tertipu' dengan cerita kehebatan rasa keropok lekor asli T'ganu (yang kini sudah hampir menjadi sejarah). Di kalangan orang T'ganu sendiri, Losong bukan lagi pilihan utama.

Minggu yang lalu aku pulang ke kampung selepas habis pelancaran Eco-Nature Resort di Club Med Cherating (stori Club Med menyusul pada post akan datang). Tiga bungkus keropok di order, dua bungkus yang dah siap digoreng dan satu bungkus yang dimasak rebus. Untuk pastikan aku dapat keropok terbaik aku sengaja beli di dua tempat berasingan. Satu di Losong dan satu lagi di gerai berhampiran Pejabat Pos Manir.

gambar hiasan

Tak sampai 20 minit aku dah pun sampai di umah. Keropok lekor yang dibeli dihidang sejam kemudian tapi kali ni hanya tiga batang disuapkan ke mulut. Padahal dahulu, bungkusan yang mengandungi 15 batang keropok kecil itu 'licin' dalam sekali hadap sahaja.

Keras, kecut, liut dengan 'setimbun' minyak, itulah cita dan rasa terbaru keropok lekor T'ganu. Satu dibeli dari gerai Losong yang tersohor dan satu lagi di Manir yang dihebohkan lebih baik daripada gerai-gerai di Losong. Hakikatnya, kedua-dua mempunyai kualiti yang sama, tak sedap!.

Di kalangan orang T'ganu, isu kemerosotan rasa keropok lekor sudah lama bermain di bibir. Jika dahulu nama Losong cukup terkenal, sekarang ramai yang mula tertanya-tanya.

Apa sudah jadi dengan industri keropok lekor di T'ganu hari ini? Mentang-mentang jumlah pelawat luar semakin bertambah takkan semua orang nak jual keropok?. Mentang-mentang orang luar hanya kenal 'keropok keras' di Jalan Tuanku Abdul Rahman, takkan semua nak hasilkan keropok.

tak lama lagi keropok Tganu tak mungkin jadi macam ni

Mana pergi rasa asli keropok lekor T'ganu yang gah suatu ketika dahulu? Memang benar, rasa ikan dalam setiap batang keropok kini kian berkurangan. Kini ia lebih kenyal kerana kandungan tepung dan sagu yang berlebihan. Adakah kerana kenaikan harga ikan, kualiti keropok juga terjejas? Tak relevan bukan? Apa salahnya kalau harga dinaikkan sedikit tetapi kualiti dan rasa masih dikekalkan. Itu yang lebih elok kerana orang lebih rela bayar lebih daripada kecewa ketika mengadap batang-batang lekor yang keras!

Perbandingannya, aku masih ingat semasa zaman belajar dahulu, kalau keropok dibungkus dan dibawa (dengan bas), sesampai keesokan paginya di KL, keropok masih lagi sedap dimakan tanpa perlu digoreng semula. Tapi sekarang, ia seperti sudah kurang daya preservation malah saiznya juga semakin mengecil.

Hakikatnya orang Tganu sendiri semakin lama semakin frust dan meloya dengan perangai peniaga-peniaga keropok di sekitar bandar Kuala Terengganu yang hanya tahu mengaut keuntungan sahaja. Walaupun sambutan terhadap keropok masih lagi tinggi, mereka
tidak boleh sesuka hati mengubah resipi dan rasa sebenar keropok lekor.
"Ia adalah produk signature Terengganu, mengubahnya adalah berdosa".

gambar hiasan
Faktor utama yang menyebabkan perkara itu adalah sifat tamak mengaut untung. Memang menguntungkan. Lima enam tahun yang lalu, pembekal ikan kepada peniaga-peniaga keropok lekor di Losong pernah berkongsi cerita pendapatan mereka. Dengan keuntungan RM3,000 hingga RM6,000 sehari, ramai yang sudah bergelar jutawan. Bagus, tapi...kini mungkin ramai juga yang ingin menjadi jutawan segera.

Sebenarnya, kekecewaan menikmati makanan di Terengganu bukan setakat keropok sahaja, aku masih ingat selepas pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya, harga makanan juga melambung dengan tinggi. Ini semua adalah sikap bodoh sombong peniaga makanan (khususnya) yang tidak akan membawa sebarang keuntungan jangka masa panjang.

Malah ia merupakan satu daripada halangan dan musuh terbesar kepada usaha Kerajaan Negeri Terengganu mempromosikan pelancongan bandar di negeri itu. Jika dahulu T'ganu dikenali sebagai destinasi yang mudah dan murah untuk mencari makan, tetapi sekarang jangan terkejut kerana harga makanan di bandar itu setanding dengan Kuala Lumpur. Soalannya lagi, maju sangat ke Kuala Terengganu sehingga nasi berlauk ayam goreng dan sayur + teh O air sehingga RM8? Atau mungkin lebih mahal bagi pelawat luar.

Sapa sini je celoteh ambe kali ni. Kalu ade orang ganung bace blog amber ni fikir2 la sekali deh. Jangang sapa produk warisan kite ni bertukar trademark jadi hok orang negeri sebelah pulok :P Peace!

9 comments:

  1. wah nice one.
    ambe juge ghase kepok dekat teluk moknik(kemaman) lagi sedap dari yg dekat losong.

    Tapi tu pun kena pegi ke tempat yang betul.
    kalu tak..kecewa juga dgn "batang2 lekor yg keras".

    peace.

    ReplyDelete
  2. Last month aku makan kat Seberang Takir pun masih ori...Kemaman aku suka sata and otak2

    ReplyDelete
  3. kenape nk sama kan kedai k0p0k l0s0ng semua xsedap?k0 dah check smue kedai ke n rasa die sme?lain kedai lain rasa....jgn kerana nyamuk sek0r,kelambu dibakar..

    ReplyDelete
  4. Bukan nak samakan, org kita ni kalau kena tegur mulala nak melenting tak tentu fasal. Sy anak jati tganu, sy tahu apa sy cakap. Peniaga ni mmg perlu ditegur, kalau tak mmg makin cekik darah.. tgoklah harga makanan kat trganu sekarang, kalah KL.
    Kita tegur untuk membina bro, sbb keropok lekor ni mmg kena tangan org trganu yg buat. Org negeri lain mana tahu buat keropok..
    Bila last sekali u beli keropok?

    ReplyDelete
  5. mmg laa keropok lekor warisang terangganu...tp biler zaman global ni leng aku rase byk negeri dah buat kropok lekor...mcm2 versi negeri ader..dr yg selembut kapas..sampai yg keras mcm tong sampah pun ader...anyway aku dr dulu respek ko ore trg sbb hari2 boleh ,melantak keropok lekor...walaupun skrg ni byk dh rasa mcm makang maggi...terasa ajinomoto sampai ko dalam perut..tp aku raso d trg ado lagi hok mengekalkan citarasa asli..

    ReplyDelete
  6. thanks Pok Mae atas komen sedara.
    Apa yg aku coret ni sekadar pandangan aku, mungkin ada yg tak betul. Sekadar berkongsi apa yg diperkatakan org di trganu jugak. Harap dengan ada teguran dapatlah peniaga2 yg lepas tangan tu sedar sikit harapan sebnr org ramai pada kualiti kepok

    ReplyDelete
  7. Original keropok lekor terengganu. Saya anak Terengganu kini tinggal di Selangor hampir 20 tahun. Untuk memertabatkan Terengganu saya membuka kedai perusahaan keropok lekor terengganu asli (ikan banyak)di jalan bangi lama. Dari UKM ke bangi lama. Kebanyakan keropok yang dijual diselangor dikatakan keropok terengganu tapi hakikatnya merosakkan nama keropok terengganu. Rasanaya keras yang dibuat dari tepung ubi, bukannya sagu. Saya menggunakan tepung sagu dan banyak ikan. tetap lembut walaupun sejuk selepas digoreng.Untuk maklumat lanjut layari www.trymakan.my tel 0132483572

    ReplyDelete
  8. mungkin ikan dah nak pupus kot :]

    ReplyDelete
  9. Very good writeup on keropok lekor. I still remember the one from my childhood in Teluk Chempedak, Kuantan, which you cannot find nowadays. Thank you for writing about this topic.

    ReplyDelete