Jan 8, 2010

Monsoon Ride 2009


I can teach you how to trash a bike, come lets ride...


Ni pengalaman first masuk offroad bike challenge, selama ni setakat kayuh sendiri2 ja..paling meriah pun masa join hash kat tasik puteri dua tahun lalu anjuran KLMBH. Kali ni aku dijemput Arineen Adventures untuk cover Monsoon Ride 2009 (MR) di Maran, Pahang. Event MR ini adalah yang pertama tapi diorang ni dah banyak pengalaman buat offroad ride kat Pahang.

Perjalanan dari KL bersama housemate, Ajif (Outworld Progear) dengan menaiki kenderaan 'tajaan' Isuzu. Memang syok travel bawa basikal dengan pickup. Banyak selesanya, tak perlu nak ikat atau kemas2 macam pakai carrier.

Bonet belakang D-Max yang besar dapat memuatkan dengan selesa dua buah basikal kami. Kalau dicabut tayar, mungkin boleh sumbat sampai 5 biji.

Perjalanan dari KL ke Exit Srijaya agak slow sebab hujan sepanjang highway pantai timur. Lagipun untuk pecut D-Max 3.0 dalam keadaan jalan yang basah memang agak seram. Tapi D-Max memang top 4x4, pantang tekan..mencanak ja pergi.

Kami sampai di Semuji Agro Resort selepas dua jam driving. Selepas jumpa dengan bro Mazlan (organizer event) kami check in ke bilik B 172 untuk menghilangkan penat driving. Walaupun hanya berstatus satu bintang tapi resort ni tetap comfort. Dua katil dengan view see thru sliding door yang mengadap tasik dan kawasan sekeliling penuh dengan pokok durian.

(Sebelum sampai sini, ada jugak dengar cerita budak2 Kuantan yang kata Semuji agro Resort ni 'keras', tapi sepanjang berada dalam kawasan resort tu aku tak jumpa apa2. Aura 'keras' pun tak terasa langsung).

Pagi esok, kayuhan offroad bermula seawal 8 pagi. Kira-kira 400 rider join event ni. Meriah, penuh car park dengan segala jenis macam basikal. Seronok bila tengok bike-bike idaman depan mata. Yang tak bestnya cuma ia bukan milik sendiri. Di kalangan riders, ada yang pakai jump bike, free ride bike, even basikal Lerun pun ada.

MTB (mari turun basikal)

Laluan offroad bermula selepas beberapa kilometer dari hujung pagar Semuji Agro Resort. Jalan sempit pahtu agak lunyai bagi kami yang berada di bahagian belakang. Sehingga takat ni, dah ada yang berguling dan menyembah bumi. Mungkin kurang pengalaman riding offroad.

'Top-top rider' semua dah maju ke kumpulan depan. Aku dan Ajip berada di bahagian tengah, tak sempat nak kejar rider2 yang bertenaga biawak. Tapi ok ja sebab bila kayuh perlahan dan steady ni, macam2 cerita dapat didengar di kalangan riders.

Apa tah pulak event ni dianjur dengan konsep 'ride suka-suka' bukan ada hadiah pun kalau menang, so no point jugak untuk charge laju-laju. So kami semua kayuh setakat mampu je la. Simpan tenaga untuk jarak kayuhan masih masih panjang.

Salah satu daripada tujuh anak sungai yang direntasi.

Macam2 ragam yang dapat tengok dalam group basikal sebesar ni. Ada yang bergaya dengan Santa Cruz, Merida, Fuji, gaya ala pro rider pun ada, siap dengan Jawbone dan etc, tapi (no prejudice) time kayuh kami semua sama, sama-sama main tolak basikal bila penat.
Tapi yang penting spirit untuk ride tu tinggi.

Dalam review aku sifatkan trek MR2009 ni sebagai sangat susah,.biasalah 'terlebih kari' sebab nak dramatikkan stori. Walaupun jarak 37 km dalam hutan memang memenatkan tapi aku rasa kalo tambah 10 km lagi masih ok.

Cuma masalahnya bila terlalu ramai yang join, macam2 masalah yang timbul. Jalan jadi lecak sampai tak boleh kayuh. Selain tu, banyak jugak basikal yang condem sepanjang trek.
Ada yang pancit, brek jem, RD patah dan macam2. Maklumlah Offroad. Tapi terus terang, sebagai media yang (pada mulanya) join sekadar untuk merasa pengalaman offroad, aku tak ada sebarang preparation.


Tiub and tool semua takda. By hope ada krew event yang akan collect basikal kalo ada rosak atau apa. Sememangnya diorang ada sediakan 4x4 sebagai bandwagon diorang.

Menurut Mazlan, sepanjang event ini ada 10 rider yang 'disqualified', ops! bukan disqualified tapi retire. Macam2 alasan yang diberi. Yang sebenarnya tak cukup training dan tak expect laluan musim tengkujuh seteruk itu. Dalam erti kata lain, pancit awal!

Atas bandwagon team, ada beberapa buah basikal yang diangkut. Ada jugak yang tak tahu malu dengan berkayuh sambil berpaut pada bandwagon dengan alasan sakit perut. Haha, abang LOSER. Takpa lah mungkin dia betul sakit perut.

Ride memang tough, perasaan masa turun bukit dengan hembusan angin kat muka memang cool. Basikal hardtail yang aku guna pulak memberikan gegaran yang hebat dibahagian punggung.

Di tempat yang tak dapat kayuh, terpaksalah kena galas dan pikul basikal. Sepanjang trek tu ada 7 batang anak sungai yang kami cross. Kesempatan bertemu air digunakan untuk basuh dan buang selut2 yang melekat celah2 basikal.

Dah la tu bang, turn kitaorang pulak nak cuci basikal

Makan-makan jugak, jangan cemar hutan bro..

Puas memang puas. Cuma satu perkara yang aku tension adalah attitude sebahagian rider yang memang takda otak apabila buang botol-botol air mineral dan pembungkus ration.

Selepas ration stasion aku pasti tak kurang daripada 20 botol air mineral berteraburan atas jalan. Tak guna beb kalo ride basikal hutan tapi hutan tak bersih.

Tapi ada juga yang bagus. Yang merokok simpan putung pun ada. Cuma harap2 organizer ada bersihkan semula botol2 tu. (Cuma peratusan untuk organizer kutip balik tu aku musykil sikit la)

Secara keseluruhan aku rasa event ni memang boleh pergi jauh. Event organizer ada kontak yang luas dalam scene basikal. Kalo tak silap hanya rider dari Perlis ja yang tak join event ni (dan Sabah Sarawak).

Angka 375 rider tu sememangnya dah cukup besar. Dengan kemeriahan seramai tu organizer sepatutnya dah boleh dapat banyak tajaan dari govt. Di mana silapnya tak tahu sehingga Mazlan kata dia terpaksa tanggung defisit akibat anjur Monsoon Ride ni.


JUMPA LAGI DI EVENT AKAN DATANG..

No comments:

Post a Comment