Apr 17, 2013
Keindahan Alam Marin
KEUNIKAN alam marin yang dipenuhi hidupan ganjil dan berwarna-warni merupakan antara pemandangan paling memukau untuk diabadikan pada sekeping kanvas.
Keindahan dunia separa fantasi itu sekali gus menjadikan fotografi bawah air antara kemuncak kepuasan dalam penghasilan gambar yang mempunyai subjek-subjek luar dari kebiasaan.
Selain kemahiran menyelam skuba, fotografi bawah air juga menuntut penggunaan peralatan khusus yang agak mahal sehingga ramai yang berfikir panjang untuk menceburi bidang itu.
Bagi yang mempertimbangkan fotografi bawah air sebagai kerjaya profesional dan serius, halangan tersebut memang wajar difikirkan tetapi bagi yang sekadar ingin mencuba, fotografi bawah air bukan lagi sesuatu yang terlalu sukar dan mahal.
Teknologi fotografi yang berkembang pesat pada hari ini juga banyak memberi 'manfaat' kepada mereka yang memiliki lesen skuba untuk merakam keindahan di dasar laut.
Sebagai hobi permulaan, perbelanjaan membeli kamera kalis air kini tidak lagi membebankan.
Sebuah kamera kompak berserta sarung kalis air kini boleh dibeli pada harga kira-kira RM3,000. Antara model-model yang dipadankan (dijual berasingan) dengan bekas kalis air adalah dari keluaran Canon, Nikon dan Olympus.
Bagaimanapun, rakaman fotografi bawah air tidak semudah seperti yang dilakukan di darat. Di dalam air, cabaran pertama bermula dengan kebolehan menguasai teknik apungan iaitu kemahiran untuk berada di dalam keadaan neutral (tidak tenggelam dan tidak timbul).
Selain tolakan arus di dasar laut yang menyebabkan gambar menjadi kabur, rakaman juga terbatas oleh faktor-faktor seperti kesukaran mendapatkan perspektif, kekurangan cahaya dan subjek yang sentiasa bergerak.
Keindahan Rama-Rama
RAMA-RAMA dengan kibaran sayap berwarna-warni dan corak-corak unik boleh
menjadi antara subjek fotografi yang cukup menarik untuk dicuba.
Walaupun fotografi jenis ini kelihatan sukar untuk dilakukan tanpa
penggunaan lensa khas (macro), kebanyakan kamera digital moden hari ini
dilengkapi keupayaan zum yang memadai untuk tujuan itu.
Langkah pertama boleh dimulakan dengan pemilihan lokasi yang menyediakan peluang untuk merakam kepelbagaian aksi serangga tersebut. Kunjungan ke taman bunga pada waktu pagi adalah keputusan terbaik.
Sebagai makhluk halus dan sentiasa bergerak, cabaran mendapatkan gambar yang jelas dan tajam mungkin akan menguji kemahiran fotografi anda.
Untuk imej yang berkualiti, kepantasan pengatup boleh ditetapkan pada kelajuan 1/1000 atau lebih (pada hari terang) bagi mengurangkan kekaburan akibat pergerakan subjek atau tempat hinggapnya.
Selain itu, kekaburan yang mungkin berlaku ekoran penggunaan zum secara maksimum juga boleh dikurangkan melalui penggunaan tripod.
Bagi pengguna lensa makro atau zum, titik fokus yang diletakkan pada bahagian mata atau kepala rama-rama dapat memastikan hampir keseluruhan subjek berada dalam fokus.
Pada bukaan pengatup yang disyorkan iaitu antara (f2.8 hingga f5.6), rakam seberapa banyak gambar apabila subjek hinggap pada bunga kegemarannya.

Fahami Leading Line
GARISAN penunjuk atau leading line adalah salah satu daripada 'bahasa-bahasa' penting yang harus difahami di dalam seni fotografi.
Sebagai asas dalam prinsip komposisi, teknik ini merujuk kepada penggubahan sebarang bentuk, garis atau liku yang membentuk arah tumpu terhadap subjek di dalam gambar.
Idea komposisi ini sebenarnya amat berkait rapat dengan sifat semula jadi pandangan mata manusia yang dipengaruhi oleh bentuk-bentuk menarik dan kreatif.
Contoh penggunaan garisan penunjuk di dalam seni fotografi termasuk deretan pokok, batu-batu di tepi pantai, aliran sungai, bayang-bayang dan pelbagai objek.
Penggunaan garisan penunjuk walaupun sangat bersifat subjektif dan halus memberikan impak yang kuat di dalam kandungan sesebuah gambar bahkan teknik yang sama telah digunakan di dalam seni lukisan sejak beratus tahun lalu.
Kekuatan teknik komposisi yang diguna pakai oleh jurufoto profesional ini boleh dilihat melalui keindahan karya-karya fotografi landskap terkenal seperti bangunan Taj Mahal, Tembok Besar China dan Jambatan Golden Gate.
Meskipun sering diaplikasikan pada genre landskap dan seni bina, kemahiran jurufoto memanfaatkan garisan penunjuk pasti berakhir dengan penghasilan karya-karya yang lebih menonjol dan kreatif.
Apr 15, 2013
Maggi Ketam Bandar Baru Bangi
Gila Apa Semangkuk Maggie dengan seekor ketam berharga RM26 lebih...?
Bukan nak mengomen tapi ada la sikit perkara yang nak dikongsikan di sini selepas berapa lama dah tak buat posting spontan. Kali ni nak cerita pasal makan, makan maggie ketam. Trend baru la kan sekarang makanan pelik-pelik, tak lebih daripada gimik.
Ya, sekarang zaman hype, zaman pop dan zaman gimik. So semua benda nak digimikkan termasuklah makanan...Tak dinafikan unsur gimik sangat berjaya dalam promosi. Mungkin atas sebab tu lah kita lihat McD cukup tergugat dengan burger bakar.
Ok kita tolak tepi burger bakar yang sememangnya sedap di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sekarang balik cerita pada Maggie Ketam, baru-baru ni aku ke restoran yang terletak beberapa jengkal dari kedai burger bakar tu selepas terpanggil dengan gambar semangkuk Maggie dan seekor ketam. Nampak memang sedap.
Pendekkan cerita selepas habis makan semangkuk maggie ketam dan sepinggan nasi pataya aku dapat bil berjumlah RM54. Gila mahal tapi selepas check betul-betul rupanya diaorang tersilap bil.
Bila sampai bil baru, harga lebihkurang RM34++. Dalam bil tu ada dinyatakan harga maggie ketam... teka berapa? Haha, percaya ke tak RM26.++ . Gila apa semangkuk Maggie yang ditambah ketam dijual pada harga macam tu. Rasanya empat ekor ketam di pasar baru RM20. Sedangkan dalam mangkuk aku ada seekor ketam kecut.
Rasa? Nak kata sedap taklah sedap sangat tapi bolehlah makan sampai habis. Tapi rasa tak berbaloi bayar sebanyak tu untuk semangkuk Maggie yang kalo disedia sendiri mungkin tak lebih RM10
Maka dengan itu, itu adalah kali pertama dan terakhir aku jejak Anjung Selera Ikan Bakar tu.. Wasalam. Tiada niat jahat sekadar berkongsi kekejaman peniaga yang sekarang hanya tahu nak kaya cepat. Tiada hati perut.

Mar 29, 2013
Land Rover City
KEWUJUDAN ribuan Land Rover yang bertali arus di Cameron Highlands pasti menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke pusat peranginan tersebut. Meskipun sudah terlalu usang, kenderaan berbentuk kotak empat segi itu masih gagah meredah laluan berbukit di sekitar Tanah Rata, Berinchang, Ringlet dan Kampung Raja.
Di dalam daerah Cameron Highlands dianggarkan terdapat 10,000 buah
pacuan empat roda itu, menjadikan daerah tersebut kawasan berkepadatan
kenderaan Land Rover tertinggi di dunia.
Persoalannya adalah bagaimana kenderaan keluaran Britain itu dibawa masuk sehingga berlambak di pusat peranginan itu. Tarikh dan sejarah sebenar 'ketibaan' Land Rover di situ bagaimanapun
tidak dapat dipastikan namun Land Rover dikatakan dibawa masuk ke
Cameron Highlands oleh pegawai-pegawai kerajaan semasa zaman
pemerintahan Inggeris di negara ini.
Ketika itu kawasan beriklim sejuk itu dijadikan tempat istirehat bagi
pegawai-pegawai Inggeris untuk melepaskan rindu terhadap kampung
halaman mereka setelah lama berada di Tanah Melayu ketika itu.
Daripada penempatan kecil, Cameron Highlands berkembang menjadi
sebuah pekan ekoran kerancakan sektor pertanian khususnya selepas
pembukaan ladang dan kilang teh di situ.
Puluhan tahun selepas zaman kolonial dan era komunis, masyarakat
Cameron Highlands mula mengenali Land Rover sebagai nadi dalam sektor
pertanian mereka.
Segalanya bermula melalui pembelian kenderaan tersebut yang dilelong
oleh pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan jabatan-jabatan kerajaan. Pelupusan aset kerajaan secara tender itu membuka jalan kepada
pekebun di situ membeli pacuan empat roda tersebut pada harga yang
sangat rendah.
Bagi golongan petani, jentera yang kebanyakannya sudah rosak teruk
pada bahagian enjin dan kotak gear itu berbaloi untuk diperbaiki.
Melalui jualan tender tersebut, sebuah Land Rover boleh dibeli pada
harga RM5,000 hingga RM7,000 bergantung kepada keadaan dan status geran. Dengan membelanjakan kos tambahan kira-kira RM15,000 untuk baik
pulih, sebuah Land Rover mampu dihidupkan semula dan sedia untuk
berbakti kepada tuannya.
Mengambil kira harga modal yang murah, golongan pekebun dan petani di
Cameron Highlands berlumba-lumba mendapatkan Land Rover yang banyak
dilelong di seluruh negara.Selain dijual pada harga yang rendah, kenderaan itu sendiri memiliki
banyak keistimewaan yang diperlukan golongan petani khususnya kemampuan
jentera itu mengangkut beban yang berat.
Sebagai kenderaan yang terbukti perkasa sepanjang perkhidmatannya di
dalam pasukan polis dan tentera, Land Rover juga menjadi satu-satunya
kenderaan yang dapat menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi Cameron
Highlands yang berbukit dan berlembah. Sehingga kini, Land Rover masih menjadi nadi kepada kebanyakan penduduk Cameron Highlands.
JAGUH TANAH TINGGI
JAM menunjukkan pukul 6.30 pagi ketika Suresh Subramanyam menghidupkan enjin Land Rover miliknya sebelum meninggalkan ahli keluarganya yang masih lena diulit mimpi.
Begitulah rutin Suresh pada setiap hujung minggu yang membantu keluarganya menguruskan kerja-kerja di kebun kubis seluas setengah hektar di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Walaupun sudah berusia lebih 45 tahun, Land Rover model 109 itu masih cukup bertenaga mendaki laluan berbukit dan suluhan lampunya juga cukup terang untuk 'membelah' jalan yang masih berkabus.
Sesekali perjalanan pacuan empat roda itu terpaksa keluar dari laluan utama sehingga menghimpit rapat ke 'dinding' bukit bagi memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan yang lebih kecil.
"Banyak sekali jasa Land Rover ini kepada kami sekeluarga. Walaupun sudah tua khidmatnya masih diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di kebun.
"Jika tidak ke kebun, Land Rover yang dihadiahkan oleh bapa kepada saya ini digunakan untuk kerja-kerja harian," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
Lelaki berusia 29 tahun itu merupakan salah seorang daripada beribu-ribu petani di Cameron Highlands yang bergantung hidup kepada pacuan empat roda Land Rover.
Beliau berkata, Land Rover keluaran 1989 itu dibeli oleh bapanya kira-kira 10 tahun lalu untuk kegunaan mengangkut hasil kebun kepada pemborong.
Katanya, berbekalkan modal RM7,500, Land Rover yang dibeli dibaiki sedikit demi sedikit sebelum dapat digunakan.
"Sebagai petani kecil-kecilan kita tidak mempunyai wang untuk membeli sebuah pacuan empat roda yang baharu. Lagipun kenderaan ini hanya digunakan untuk kerja-kerja berat
"Kadang-kala meragam juga namun tidak memerlukan modal yang besar untuk dibaiki ," katanya.
Bagaimanapun Suresh memberitahu, populariti Land Rover di Cameron Highlands bukan hanya kerana ia dijual murah tetapi kenderaan itu sendiri mempunyai banyak kelebihan.
Katanya, penggunaan pacuan empat roda itu sesuai untuk mengangkut hasil pertanian dari kebun yang kebanyakannya terletak di lereng dan puncak bukit.
Untuk melihat kuasa sebenar sebuah Land Rover, penulis dan jurugambar dibawa ke Lembah Bertam yang merupakan salah satu daripada kawasan pertanian utama di Cameron Highlands.
Seperti diperkatakan oleh Suresh, dari puncak bukit itu kelihatan beberapa buah Land Rover usang yang masih lagi gagah mengangkut beban walaupun separuh daripada badannya senget dan mengeluarkan kepulan asap hitam.

Feb 2, 2013
Landscape of Putrajaya
Sorry sebab lama sangat menghilang, rasanya baik sambung semula blog ni. Sebagai permulaan 2013, di sini diupload beberapa keping gambar Putrajaya untuk tatapan semua. Gambar masih tidak seberapa (selagi tak dapat Filter idaman).
Sep 19, 2012
Kenali lensa anda
SELEPAS memiliki sebuah kamera DSLR, cabaran untuk menghasilkan
gambar-gambar yang berkualiti dan menonjol amat bergantung kepada
penggunaan
Secara umum, sistem
Untuk beberapa siri akan datang, penulis akan menghuraikan jenis serta kegunaan setiap
Sebagai permulaan,
Dinamakan EF 50mm f/1.8,
Dijual pada harga kira-kira RM350 seunit,
Selain kepantasan memfokus yang sesuai untuk fotografi jalanan, bukaan aperture yang besar (f1.8) juga menghasilkan kesan kabur yang digilai untuk rakaman potret dan rakaman subjek jarak dekat.
Sebagai 'pelaburan' jangka masa panjang atau bagi yang sanggup berbelanja lebih,
Sambungan artikel mengenai jenis-jenis
BUKAAN pengatup besar yang sesuai untuk rakaman potret.
lensa mengikut jenis-jenisnya. Lensa
berfungsi menentukan sudut dan ruang 'pandangan'. Pendek kata jenis
yang berlainan memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, pemilihan lensa amat penting untuk disesuaikan dengan genre fotografi yang digemari.Secara umum, sistem
lensa untuk kegunaan DSLR boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu normal, telefoto dan sudut luas. Lensa - lensa lain untuk kegunaan khas termasuk lensa macro dan fisheye.Untuk beberapa siri akan datang, penulis akan menghuraikan jenis serta kegunaan setiap
lensa yang sering menjadi pilihan jurufoto.Sebagai permulaan,
lensa pilihan kali ini dimulakan dengan lensa sudut normal iaitu 50mm. Dinamakan EF 50mm f/1.8,
lensa
asas atau utama (L) keluaran Canon ini menghasilkan jarak fokus pada
sudut pandangan yang menyamai apa dilihat pada mata manusia.Dijual pada harga kira-kira RM350 seunit,
lensa ini menjadi salah satu daripada lensa kegemaran dan wajib dimiliki oleh setiap jurufoto kerana kualiti imej yang dihasilkan.Selain kepantasan memfokus yang sesuai untuk fotografi jalanan, bukaan aperture yang besar (f1.8) juga menghasilkan kesan kabur yang digilai untuk rakaman potret dan rakaman subjek jarak dekat.
Sebagai 'pelaburan' jangka masa panjang atau bagi yang sanggup berbelanja lebih,
lensa
jarak sama dengan bukaan lebih besar iaitu Canon EF 50mm f/1.4
menjanjikan hasil yang lebih profesional pada harga kira-kira RM1,400.Sambungan artikel mengenai jenis-jenis
lensa seterusnya akan membincangkan lensa sudut luas yang sesuai untuk rakaman fotografi landskap.BUKAAN pengatup besar yang sesuai untuk rakaman potret.
Perbetulkan White Balance
FUNGSI imbangan putih atau white balance merupakan antara penyelarasan yang sering diabaikan oleh pengguna DSLR walhal ia mempunyai kesan yang besar dalam penghasilan gambar.
Penetapan fungsi ini penting untuk mendapatkan warna yang tepat dengan menghilangkan kesan-kesan warna yang dipengaruhi persekitaran.
Dalam bahasa mudah, imbangan putih dilakukan untuk mendapatkan warna baju yang putih sebagai putih meskipun kawasan persekitaran disimbahi cahaya kekuningan dari lampu dewan.
'Pencemaran' warna tersebut mungkin tidak dikesan pada mata manusia, namun di dalam kamera, putih baju tersebut tetap dibaca sebagai kekuningan.
Oleh itu, penetapan white balance berfungsi sebagai penapis cahaya-cahaya asing yang boleh dipudarkan melalui penggunaan 'penuras-penuras' tertentu.
Imbangan putih yang disediakan oleh kebanyakan kamera digital moden termasuk pada kamera kompak antaranya Auto, Shade, Tungsten, Daylight, Cloudy dan White Flourescent.
Penurasan Tungsten misalnya digunakan untuk rakaman di dalam bangunan yang disimbahi cahaya lampu kuning. Imbangan ini bertindak 'menyejukkan' suhu warna daripada kuning (panas) kepada sedikit kebiruan (sejuk).
Penurasan Cloudy dan Flourescent pula berfungsi sebaliknya. Ia memanaskan warna gambar daripada warna petang yang mendung kepada pemandangan yang lebih bercahaya.
1. PENYELARASAN imbangan putih yang berbeza menghasilkan warna yang berlainan.
2. AUTO
3. SHADE
4. TUNGSTEN
5. FLOURESCENT
6. PENGARUH cahaya persekitaran harus dipadankan dengan penetapan imbangan putih yang bersesuaian.
Jun 7, 2012
Garmin untuk setiap keluarga

AGAK melucukan bila ada pemandu beranggapan mereka akan sesat lebih jauh dengan menggunakan GPS. Ada yang sanggup memandu sambil mengintai penunjuk arah atau turun dari kenderaan untuk bertanya walhal cara itu tidak begitu sesuai terutama bagi pemanduan di bandar-bandar besar.
Keraguan terhadap peranti bersistem penentu kedudukan global (GPS) itu dalam menunjukkan arah tidak dinafikan boleh berlaku apatah lagi dengan kebanjiran alat tersebut di pasaran sekarang. Kadang-kala pengguna boleh tersilap produk.
Ramai juga tidak mahu mendapatkan GPS kerana sekadar cukup dengan perisian navigasi yang disediakan pada telefon pintar masing-masing padahal keupayaan perisian itu tidak sepintar dan sepantas peranti GPS yang sebenar.
Garmin merupakan antara nama yang paling disegani di dunia dalam penghasilan GPS. Dengan pemetaan yang lengkap, data berkemaskini, maklumat pemanduan yang terperinci dan antara muka mudah digunakan, ia jarang mengecewakan.
Pengalaman menggunakan Garmin terbukti melalui dua siri jelajah jarak jauh yang pernah dilalui penulis ketika merentasi Asia Tengah dan Eropah cukup meyakinkan.
Garmin tampil dengan produk terbaru iaitu Nuvi 2575R yang menawarkan pakej navigasi pemanduan hebat dengan tiga ciri utama iaitu teknologi pengecaman suara (untuk memberi arahan), rakaman video melalui kamera berdefinisi tinggi dan penerimaan siaran televisyen analog.
Nuvi 2575R juga dilengkapi fungsi Bluetooth yang membolehkan pengguna menghubungkannya dengan telefon bimbit untuk menikmati kemudahan panggilan lepas tangan (handsfree). Teknologi tanpa wayar dengan mikrofon terbina di dalam serta pembesar suara ini memastikan pemanduan lebih selamat.
Kemudahan alat ini juga dilengkapi fungsi pratonton laluan melalui mod pengiraannya perjalanan paling sesuai mengikut pilihan. Dengan cara ini, pengguna boleh 'sampai' ke destinasi sebelum perjalanan dimulakan.
Menonton TV ketika tidak memandu
NUVI 2575R bukan hanya GPS kerana dengan fungsi TV analognya ia memberikan satu pengalaman yang berbeza ketika berada di luar rumah. Lebih menarik lagi, carian navigasi anda tidak dimatikan walaupun ketika fungsi ini diaktifkan.
Kepuasan navigasi Nuvi 2575R juga disediakan melalui beberapa fungsi pengubahsuaian demi memenuhi citarasa pencarian melalui skrin lima inci berdefinisi tingginya.
Dengan fungsi penandaan lokasi yang boleh disimpan dan dijadikan destinasi tujuan semula dengan mudah, alat ini boleh dikatakan keperluan setiap keluarga malah cukup mudah untuk digunakan pengguna baru.
Fotografi : Memori Percutian
DESTINASI pelancongan tidak kira di dalam atau di luar negara menawarkan pelbagai peluang untuk menghasilkan gambar-gambar yang menarik.
Antara yang tidak harus dilupakan, memasukkan ikon terkenal sesebuah tempat di dalam gambar. Misalnya, tanpa menampakkan menara Eiffel, tidak siapa tahu anda melawat Paris.
Untuk memastikan subjek yang dirakam tidak kelihatan terlalu membosankan kerana kebiasaan arah gambar dirakam serta komposisi yang terlalu biasa, dapatkan rakaman dari sudut berbeza.
Salah satu teknik untuk menambah impak yang berkesan di dalam gambar pelancongan adalah dengan menggabungkan objek latar depan dan latar belakang kerana rakaman pemandangan yang terlalu horizontal dan minimum pasti membosankan.
Untuk kepelbagaian gaya di dalam koleksi gambar sepanjang trip, jangan abaikan gambar-gambar human interest yang dapat menceritakan kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.
Keunikan lain mungkin boleh dihasilkan dengan menggunakan kreativiti seperti rakaman dari paras pandangan yang tidak biasa dilihat mata, tingkah laku manusia yang unik, memanfaatkan rupa bentuk dan cahaya yang ada di sekeliling.

Subscribe to:
Posts (Atom)