lensa
mengikut jenis-jenisnya. Lensa
berfungsi menentukan sudut dan ruang 'pandangan'. Pendek kata jenis
yang berlainan memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, pemilihan lensa
amat penting untuk disesuaikan dengan genre fotografi yang digemari.Secara umum, sistem
lensa
untuk kegunaan DSLR boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu normal, telefoto dan sudut luas. Lensa
- lensa
lain untuk kegunaan khas termasuk lensa
macro dan fisheye.Untuk beberapa siri akan datang, penulis akan menghuraikan jenis serta kegunaan setiap
lensa
yang sering menjadi pilihan jurufoto.Sebagai permulaan,
lensa
pilihan kali ini dimulakan dengan lensa
sudut normal iaitu 50mm. Dinamakan EF 50mm f/1.8,
lensa
asas atau utama (L) keluaran Canon ini menghasilkan jarak fokus pada
sudut pandangan yang menyamai apa dilihat pada mata manusia.Dijual pada harga kira-kira RM350 seunit,
lensa
ini menjadi salah satu daripada lensa
kegemaran dan wajib dimiliki oleh setiap jurufoto kerana kualiti imej yang dihasilkan.Selain kepantasan memfokus yang sesuai untuk fotografi jalanan, bukaan aperture yang besar (f1.8) juga menghasilkan kesan kabur yang digilai untuk rakaman potret dan rakaman subjek jarak dekat.
Sebagai 'pelaburan' jangka masa panjang atau bagi yang sanggup berbelanja lebih,
lensa
jarak sama dengan bukaan lebih besar iaitu Canon EF 50mm f/1.4
menjanjikan hasil yang lebih profesional pada harga kira-kira RM1,400.Sambungan artikel mengenai jenis-jenis
lensa
seterusnya akan membincangkan lensa
sudut luas yang sesuai untuk rakaman fotografi landskap.BUKAAN pengatup besar yang sesuai untuk rakaman potret.
No comments:
Post a Comment