Apr 24, 2010

Canon 50 mil

SABTU. Tak kerja. Takda assignment luar. Basikal pun dah sebulan lebih tak kayuh. So exercise paling mudah pada hari minggu adalah merangkak ke Bukit Tabur lagi. Climb yang ni adalah kali keempat sejak 4 bulan duk Melawati.

Excited nak climb sebab nak test lens baru, DSLR Canon 1000D yang aku beli dari Iftika tanpa lens tu dah dapat lens :) Prime lens yang paling murah je, Canon 50mm. Beli kat kedai kamera depan ATM BSN kat Pertama Kompleks dengan harga RM320 + Rm70 untuk filter . Nak beli 17-55mm pun tak cukup sen lagi. Cukuplah dulu, bukan nak cari makan dengan ambik gambar pun. Suka-suka je.

Pertama sekali jangan tertipu dengan saiznya yang kecil dan rupa cokianya (plastik) kerana ia mempunyai advantage paling besar iaitu aperture sebesar, f1.8. Oleh kerana 50 mil ni adalah fixed lens, so untuk dapatkan saiz imej dalam frame seperti yang dikehendaki kita kena ke depan dan ke belakang. Walaupun tak boleh zoom tapi 50mm adalah antara lens favourite yang digunakan untuk potrait. So kat hutan potrait aku kali ini adalah pokok.

Dengan aperture besar, kita dapat bokeh (blur because of greater depth of field) yang lebih baik. Selain tu, aperture besar juga penting untuk ambik gambar dalam keadaan cahaya yang kurang (low light). Fokusing lens ni memang superb sebab lens ni juga terkategori dalam fast, light dan sharp lens.

So ni adalah antara shot yang paling aku suka dalam kata lain syok sendiri...

Click untuk saiz lebih besar


Lens paling murah. Laju, ringan dan sharp.

Kelebihan 50 mm dan kenapa anda perlukannya?
-Murah.
-Prime lens yang laju.
-Aperture besar.



6 comments:

  1. ooo baru beli ka...padanla semangat!
    Btw nice job with the shots...!! kau mmg dilahirkan utk jadi jurugambar :)

    ReplyDelete
  2. Haha thanks jay...Im a late starter..

    ReplyDelete
  3. better late than never.
    kau bkn late starter la..kau lg advance kut dah main film dari awal...

    ReplyDelete
  4. Canon AE1 tu skrg bersemadi dlm kotak kayu. Siap paku rapat...nanti balik kena bukak la, tgok apa dah jadi

    ReplyDelete
  5. thats true..lense tu sgt la berbaloi

    ReplyDelete