Nov 26, 2011

Gerhana Bulan Penuh


Pada 10 Disember ini, jangan lepaskan peluang untuk melihat satu daripada kejadian alam yang cukup hebat. Gerhana bulan penuh. Video ini bukan lagi video sebenar gerhana (belum berlaku mcmana nak ada video) yang ni aku hasilkan menggunakan teknik timelapse, iaitu simulasi (jangkaan secara visual). Tidak semestinya menggambarkan apa yang akan berlaku sebenarnya, tapi lebih kurang la.
Kejadian pada malam 10 Disember boleh disaksikan oleh semua penduduk di Asia dan beberapa benua utama di dunia kecuali di Amerika Selatan. Di Malaysia, bulan akan mula  naik dari arah timur dan akan mengalami gerhana sekitar pukul 9 malam. Gerhana penuh akan berterusan selama kira-kira sejam.  
Insyaallah aku akan menghasilkan video timelapse sebenar pada malam tu jika cuaca mengizinkan..n Enjoy.


Video yang aku buat kat atas tu adalah rakaman dari beranda rumah di Melawati, footage scenary adalah real timelapse, manakala Lunar Eclipse tu adalah simulasi di dalam software. Salam Maal Hijrah.

No comments:

Post a Comment