Dec 13, 2009

Di Sebalik Kelambu

Setiap malam menjelang hari minggu, kaki lima dan lorong- lorong berhampiran tapak Pasar Satok di Kuching tidak jauh bezanya dengan malam-malam di Lorong Haji Taib dan Chow Kit di Kuala Lumpur.
Pemandangan kaki lima yang dipenuhi oleh tubuh-tubuh manusia adalah perkara biasa bagi masyarakat di sini terutama bagi yang singgah makan pada lewat malam di warung berhampiran.
Namun, berbeza dengan lorong-lorong di Kuala Lumpur, lorong- lorong gelap di sini tidak dipenuhi penagih yang melepaskan gian tetapi oleh warga emas yang datang dari kampung-kampung dari pedalaman.


Mereka adalah antara peniaga yang datang dari daerah Bau, Lundu, Serian dan Padawan pada setiap petang Sabtu untuk berniaga di Pasar Tamu Satok setiap hujung minggu.
'Pasar Satok' bermula setiap pagi Sabtu dan berakhir pada tengah hari Ahad sememangnya tidak asing. Ia antara tarikan utama kepada pelancong ke negeri Sarawak.
Berbalik kepada cerita lorong tadi, tujuan mereka memenuhi kaki lima itu hanyalah sekadar bermalam sebelum memulakan perniagaan pada keesokkan harinya. Seawal mungkin.

Setiap malam Ahad, lorong dan kaki lima di situ akan dijadikan rumah sementara kepada golongan peniaga ini untuk melepaskan penat dengan sebahagiannya menghabiskan masa bersembang sesama mereka.


Kebanyakan mereka saling mengenali antara satu sama lain kerana sudah bertahun-tahun berniaga di pasar minggu berkenaan.
Maling Taati, 60, peniaga dari Bau ketika ditemui penulis berkata, beliau mula berniaga di situ sejak zaman bujang dan sekarang masih meneruskan kerja itu untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
''Setiap hari Sabtu, saya dan beberapa lagi peniaga dari Bau akan turun ke Kuching menaiki van sewa bersama hasil-hasil tanaman untuk dijual.

''Setiap orang dikenakan tambang RM16 dan tambahan RM3 untuk barang yang dibawa," katanya.
Ujarnya, pendapatan kira-kira RM150 yang diperolehi sepanjang dua hari berniaga di situ cukup untuk menanggung keluarganya di samping kerja-kerja lain yang dilakukan.

Menurutnya lagi, sebagai masyarakat luar bandar, dia bangga apabila ramai yang sudah mula mengubah kehidupan dengan berniaga.
''Kalau saya tidak berniaga kehidupan tidak akan berubah kerana semakin hari taraf hidup semakin meningkat, harga barang juga semakin mahal," katanya.

Di sebalik kesesakan manusia di situ pula, seorang lagi peniaga Mansu Tabu, 54, menceritakan 'kemeriahan' kisah mereka bersengkang mata setiap malam minggu dan 'berperang' dengan nyamuk.
''Kaki lima ini penuh dengan nyamuk, kami di sini sebenarnya bukan dapat tidur lena pun, cuma cukup sekadar berehat dan bermalam sahaja.
''Apatah lagi jika hujan, memang kami tidak dapat tidur langsung kerana ketika inilah nyamuk datang dengan begitu banyak sehingga dapat menyelinap masuk ke dalam kelambu," ujar lelaki 70-an itu ketika ditemubual dari dalam kelambunya.

Memang benar, sepanjang temubual itu juga penulis puas menepis nyamuk yang hinggap di kaki dan lengan.
Bagi orang ramai yang lalu lalang di sekitar tapak pasar itu, pemandangan 'warga tua dalam kelambu' sudah menjadi perkara biasa dan tidak sedikitpun menimbulkan perasaan curiga ketika melalui kawasan tersebut.
Ahmad Karim Saad, 38, berkata, mereka semua adalah peniaga yang sedang tidur dan sebahagiannya pula bersengkang mata untuk menjaga barang-barang niaga, jadi tiada apa yang ditakutkan.


''Bezanya mereka datang dari jauh dan tiada tempat bermalam, sedangkan saya berasal dari kampung berhampiran," katanya yang juga peniaga di pasar itu.
Seorang lagi peniaga yang ditemui, Manrui Jali, 48, berkata, dia seronok berniaga di pasar itu kerana barang yang dibawa sering habis dijual.
Katanya, walaupun berniaga sayur banyak persaingan daripada peniaga-peniaga lain tetapi dia tidak patah semangat kerana percaya rezeki untuk menampung keluarganya tetap ada di pasar itu.
Bagaimanapun, jika barang yang dijual tidak begitu mendapat sambutan daripada pembeli terutama pada hari hujan, barang jualan terpaksa dilelong pada harga serendah mungkin.
Lelongan terpaksa dibuat kerana waktu berniaga akan berakhir pada menjelang tengah hari Ahad dan barang yang tidak habis tidak akan dibawa pulang ke kampung lagi.

The Strange Wave


When a giant of water turns a tranquil of Batang Lupar into a raging monster...

RIVER of Batang Lupar in Sarawak was once known for a lagendary white backed crocodile named Bujang Senang.

The reptile measured as long as a school bus once grasped dozens of lifes during his reigning time before it was killed by local people in the 90's.
Now, after the cursed monster has gone, water in Batang Lupar still shake especially during the the 3th and 18th of Chinese Calendar by the THING called tidal bore.

Local called it Benak, a huge river wave that travel downstream with the speed of 20 km per hour.
Scientist says, this hydodynamic phenomenon happen when sea current collide with the river current creating a massive wave.
The starting point of Batang Lupar tidal bore said to start from Seduku Island that will go up (downstream though) to the Engkelili district with the traveling distance of 30 km, somewhere around 70 km from the opening of South China Sea.

Back in 2007, during our journey back from Miri to Kuching, me and my partner stop somewhere in Sri Aman to catch the famous bore. One of the only six bores in the world.


According to meteorological department, the bore happen almost everyday around 4pm to 6pm during the kingstide season (February to Jun). However under some circumstances, this tidal bore can also become a killer. That is why fishermen are learnt not to touch the river just after noon.
Me and Apai set on the new concrete jetty and we saw a white tiny line on the river's horizon. Some of hundreds that gathered at the riverside started to point their finger to the same direction.
"Benak, benak, benak. It's coming fast now,'' I heard a shout.

In just a matter of moment. The bore reached where we stand, hitting the shores and the rest of wave keep moving.
The jetty where we stand shake and people start screaming about it.


Based from my marking to a wooden structure at the riverbank, I can tell that the water rise no less then 15 feets.
One old fellow near us told, before the concrete jetty was build, a goup of dare devil youngster used to gather on the wooden jetty to feel the shake of the bore.
English writer, Somerset Maugham in his book called The Yellow Streak mentioned how he almost get killed when his boat smashed by the same bore in 1949.
The terrifying incident awarded him the best short stories.
For me, this Benak was one hell of an experience. Nothing like this. So if yo
u guy planning to see one, April is the best time. Benak watching in Sri Aman is now one of the main event in Sarawak Tourism Calendar.
Some information about the tidal bores :

Biggest bore is in Qiantang, China with wave reached the height of 9 meters and speed of 40km /hour.


Severn River in United Kingdom recorded around 250 times of tidal bores a year. The bore attracted hundreds of surfers during it's season.

A powerful Colorado River bore capsized a passenger ship, killing 86 people.

Another famous tidal bore is in Pororoca, Brazil.

Surfers in Pororoca Brazil surfing the tidal bore.

Some Flashback

Ada beberapa pengalaman yang betul2 buat aku sedar betapa bestnya jadi wartawan. Walaupun tak ada yang kaya dengan kerja menulis di surat khabar tapi sebenarnya ada sebab kenapa (kami) terus stay sebagai reporter.
Walaupun sibuk dan masa kerja yang tak menentu tapi betul kata orang, kepuasan kerja tu sendiri yang lebih penting.
Bahkan sekarang kerja ni dah jadi sebahagian dari hidup. Antara mata pencarian dan tanggungjawab kepada pembaca.
Sepanjang 5 tahun kerja, banyak pengalaman best yang aku lalui especially masa period kerja kat Kuching (Utusan Malaysia Kuching).


Padahal masa kena hantar ke Kuching aku baru je 5 bulan bertugas kat KL. Berat sangat hati nak tinggalkan semenanjung masa tu.
So..29 Disember 2005 aku fly buat kali pertama, destinasinya ialah Kuching.
Masa dalam flight, teringat aku kata-kata Cik Zaini Hassan masa dia interview aku masuk Utusan.
"Kalau saya hantar awak ke Sarawak, awak sanggup? Ada isteri, girlfriend? Ada komitmen?
No Choice. Aku jawab, ya sanggup. Tak da.

Tap2 tengok betul kena hantar Sarawak. Termenung! Tapi cabaran disahut kerana dalam dunia journalism ni, kami takda banyak choice. Take it or leave it. Gentleman.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan pengalaman reporting aku bermula di Sarawak. Tanpa asas menyoal dan menulis yang baik aku memang goyah untuk terjah assigment2 yang diberi oleh ketua biro (Borhan Abu Samah-sekarang biro Jakarta-pix kanan). Tambah pulak kekuatan tenaga kerja Utusan di Kuching masa tu hanya seorang ketua biro, seorang wartawan (aku) dan seorang jurugambar.


Sedangkan kisah masyarakatnya terbentang seluas bumi Sarawak yang bersamaan saiz satu semenanjung (minus Melaka kot) atas kepala kami.
Jurugambar, Zul Azhar Sheblee (Apai-sekarang di The Stars- pix kiri) adalah partner kerja terawal di Kuching sebelum seorang lagi wartawan, Syed Hesyam Idris ditugaskan ke biro Kuching.
Lega banyak dapat seorang lagi sparring partner. Apai antara orang yang banyak tolong aku masa mula2 kerja kat sana. Dialah 'driver' (takda transport lagi masa tu), dialah yang jadi tukang terjemah kalau kena interview Iban, Bidayuh, Kenyah, Kelabit etc. Even loghat Melayu Sarawak pun aku tak paham.
Kalau nak diceritakan memang banyak sangat pengalaman kat Sarawak. Dan antara yang paling melekat kat kepala sampai hari ni;

1) Pelajar kena baham buaya
-seminggu kami berkampung di tepi sungai Bako tunggu diorang tangkap buaya. Empat ekor buaya ditangkap dan di post mortem keluarga mangsa sehingga kes jadi isu WorldWildlifeFederation.



Penduduk kampung Bako mengusung salah seekor buaya yang dipancing.

2) Pelajar kena JE
- jangkitan virus Meningo Enchepilitis pada murid dari kandang ba
bi di tepi sekolah. Masih tergiang-giang bau kawasan sekolah yang lebih teruk dari bau dalam kandang kambing di lubang hidung ni.
Stori yang dianugerahkan Winner Health Story - Kenyalang Press Award 2007.

3) Cemburu Seorang Suami
-Bapa saudara jadikan anak saudara umur tiga tahun sebagai tebusan sebelum tiga batang jari mangsa dipotong sebatang demi sebatang. What a tragedy man in the village man!

*(Nanti kalo ada masa aku tulis dalam blog ni).


Transfer feri yang masih banyak digunakan di Sarawak

Masa di Kuching aku banyak cover kes-kes jenayah. Selain tiga tu, banyak lagi pengalaman yang menarik macam tanah runtuh, kebakaran, kes amuk, bunuh dan paling seram masa tengok mayat mangsa rogol yang dah berulat terkangkang dalam semak.
Memang betul bau mayat boleh ikut kita balik ke rumah...malam tu aku tergiang-giang bau mayat dalam rumah sewa aku.

(tips tengok mayat busuk bagi orang yang tak pernah tengok-jangan sesekali meludah)
Part yang paling tak best buat story crime ni ialah bila nak kena interview keluarga mangsa. Dah la time2 sedih macam tu orang susah nak bercerita, bila diorang cakap pulak susah betul nak paham. Melayu Sarawak...
Tapi selepas dua tahun, bolehlah aku bertutur dalam bahasa Sarawak.



Pengangkutan utama dari bandar ke pekan-pekan kecil.

Di Sarawak, travelling dari satu tempat ke tempat lain mungkin cabaran kerja yang paling tough. Nasib baik company sediakan sebuah Ford Ranger.
So kalau ada apa2 kes, itulah kenderaan yang kami lenjan ke sana ke mari. Ke Sibu, Ke Miri, Ke Bintulu, Ke Sri Aman. Semua diredah tanpa banyak soal.
Walaupun ada domestik flight, tapi bila time urgent tak da masa untuk check tiket dan beratur tunggu flight. So jalan mudah yang ada, Ford Ranger merah.
Tapi perjalanan dari Kuching ke sembilan bahagian di Sarawak bukan
dekat. Untuk ke Sibu ambik masa 5-6 jam dan paling utara (Miri) mungkin ambil masa 8-9 jam. Jalan kampung semata-mata.
bersambung....


TransEuroAsia 2008

My 20,000 kilometers journey

So Januari 2006 hingga Disember 2007, tamatlah tugas aku biro Kuching. Seronok. Ikutkan hati memang tak nak balik, tapi apa boleh boleh. Surat transfer dah keluar, take it or leave the co
mpany. Gentlemen's way.
Flashback lagi! Januari 2008 aku lapor diri di HQ, Utusan Jalan Chan Sow Lin, KL. Desig
nation masih reporter. Tapi di bahagian yang agak menarik iaitu akhbar sisipan hari Sabtu (dulu dengan nama Sigap). Sehingga hari ini aku masih di meja ini (sekarang dengan nama WOW!)
Best. Tugas tugas baru ni tertumpu kepada pelancongan, rekreasi, pemotoran dan lifestyle.
Tugas assigment banyak melibatkan destinasi pelancongan dalam neg
ara, aktiviti2 rekreasi, test motor, test kereta dan lifestyle.
Kira-kira 7 bulan kemudian, menyusul satu lagi moment yang paling best dalam kerjaya. Kata orang pengalaman yang tidak akan dan tidak dapat dilupakan. Ultimate dream semua wartawan Utusan Malaysia.
Ceritanya...Satu petang aku dapat surat dari Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak
bercop..APPROVED! kepada surat jemputan bertajuk
Mengikuti Konvoi Petronas Adventure Team (PAT). Jika tahun sebelum itu XPDC PAT ke SouthAsia (ditugaskan kepada rakan setugas-Saiful Haizan), trip PAT kali ini milik aku, TransEuroAsia.
Memang tak tergambar kegembiraan aku masa ni. Hati bercahaya dan bergendang-gendang. Tak sabar untuk melancong ke luar negara. 1st timer katakan.
Masih ingat, aku menjerit2 dalam kereta masa balik dari opis petang tu. Suka giler! *Padahal jauh di sebelah lagi hati aku, tersembunyi satu kesedihan yang amat sangat. Peristiwa yang betul2 mengubah hidup.
In positive way, assigment ikut konvoy 4X4 selama sebulan ke Ce
ntral Asia tu adalah tukar ganti atau pampasan Tuhan selepas Dia rampas harta paling bernilai dalam hidup aku. So Julai 2008 bermulalah perjalananku dari Moscow, Russia. Pengalaman yang paling bernilai sepanjang kerjaya sebagai wartawan.
Selepas flagoff dari Moscow, trip menjelajah ke kota purba, puncak pergunungan, gurun dan lembah mel
alui Kazakhstan, Turkemistan, Uzbekistan, Kyrgystan sebelum tugasan aku tamat di Kashgar, Xinjiang China. Perjalanan darat sejauh 20,000 km yang aku lalui.
Puas mengembara sebagai wartawan terakhir yang mengikuti konvoy Petronas Adventure Team. Terima kasih kepada saudara Bobo dan Azman Baharudin (Alpha Bravo).
Aku kembali bertugas. Tidak lama selepas itu sisipan Sabtu ditukarkan dengan nama WOW! Lembaran baru yang menuntut cerita-cerita yang lebih 'membebankan' dalam memenuhi tajuk akhbar kecil itu.
Tetapi dengan tajuk itu, kerjayaku sebagai wartawan semakin seronok dan mencabar.

TERJUNAN MAUT

Latihan kursus pada pagi hari terjunan

Aku menyahut satu lagi 'pengalaman seumur hidup'. Another moment. Kali ini jurugambar, Asmaruddin Jamaluddin menjemput aku untuk membuat liputan aktiviti SKYDIVING.
Dengan syarat aku kena terjun sekali...and so be it. Lagipun ketika hati kepiluan hati masih belum pulih sepenuhnya itu, suicidal tendency tidak dinafikan memang masih ada.
Aku terjun dari pesawat CESSNA dari ketinggian beribu-ribu kaki...mencabar keberanian diri, dengan satu pertanyaan di dalam hati.

"Selepas segala kesulitan dan ujian yang memecahkan hati, masih sayangkan Tuhan kepada hambanya yang seorang ini''.

Thanks God, I survived. Landed on foot, while 10 other jumpers landed on their butt.
Guys.. I guess Im just being lucky..
....im a bit tied now, tomorrow got morning ride with my frens. Need to check my bicyle before I drift off to sleep!





















I got another ADRENALIN RUSH inside my body...
..to dive...next month with all the tiger SHARKS in Aquaria KLCC.



to be continued..

Greatest Expedition

This is 20,000km journey. The unforgettable experience, the remedy, the gift from God, the greatest offroading.This is the last episodes of Petronas Adentures Team (2008),
The TransEuroAsia.

and these are some of the moments...

















Berjalan di Dada Bumi

WALAUPUN hanya berpeluang membuat liputan separuh daripada ekspedisi TransEuroAsia anjuran Petronas Adventure Team (PAT), pengembaraan di empat buah negara bekas jajahan Soviet adalah episod paling berharga sepanjang laluan.

Selepas laluan sejauh lebih 9,000 kilometer dari Moscow, Rusia, perjalanan saya melalui Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kyrgystan bersama konvoi berakhir di Kashgar, China. Pengalaman menjejak Laluan Sutera iaitu jalan perdagangan zaman silam, melawat pusat tamadun Islam terbesar, pergunungan dan gurun meninggalkan seribu satu pengalaman yang tidak mungkin terulang.

Pengembaraan itu juga merentasi sebahagian daripada kawasan yang diakui sebagai paling kaya dengan adat resam, kesan penaklukan dan pembangunan. Pengalaman ke tempat yang selama ini diperoleh daripada buku-buku geografi dan dokumentari televisyen sedikit sebanyak menukarkan pemahaman mengenai negara berkenaan daripada selektif kepada lebih komprehensif.

Lebih bermakna lagi apabila semua pertembungan dan perubahan aspek kehidupan serta tamadun manusia itu disaksikan hari demi hari dan sempadan demi sempadan.

Tahniah di atas semangat pengembaraan yang ditunjukkan oleh 50 peserta PAT dengan keupayaan jentera mereka, sekaligus menjadikan ekspedisi TransEuroAsia ulang tahun ke-10 sejak Passage to Tibet pada 1999.

Bukan sekadar menghargai minat di kalangan peserta, tetapi apa yang disaksikan sendiri adalah kehebatan pacuan empat roda (4X4) dalam menjayakan misi tersebut. Bahkan, kenderaan itu jugalah yang memungkinkan pengembaraan kerana kebanyakan destinasi dilalui bukan sahaja tidak mempunyai sistem pengangkutan yang selesa, malah terpisah jauh di sebalik
pergunungan dan kawasan kontang.

Yang nyata, gabungan baik antara manusia dan mesin itu adalah kunci kejayaan pasukan mengiklankan nama negara khususnya melalui jenama negara, Petronas.

Merentas Benua

Selama lebih 20 hari merentasi benua Eropah ke Asia Tengah, banyak sekali perkara yang menimbulkan kesedaran, tanda tanya, perasaan kurang senang dan rasa kagum.

Kesukaran menyeberangi sempadan adalah salah satu daripadanya. Dugaannya bukanlah menuntut kemahiran pemanduan yang hebat tetapi sekadar menguji kesabaran. Manakan tidak, walaupun mempunyai semua dokumen perjalanan yang diperlukan, penantian antara enam hingga lapan jam di setiap pintu sempadan adalah perkara biasa yang terpaksa ditempuhi oleh setiap peserta.

Teringat penulis kepada kata-kata Ketua Ekspedisi, Halim Abdul Rahman ketika temu bual bulan lalu bahawa perkara itu adalah ujian paling sukar selain laluan ekspedisi yang panjang dan mencabar.

``Bukan senang untuk masuk ke negara orang tetapi sebagai orang luar kita harus patuh dan terima semua ini,'' ulang beliau kepada semua peserta.

Penantian berjam-jam di `tanah tidak bertuan' antara dua buah negara itu pula memaksa peserta menahan tuntutan biologi badan, kepanasan, perasaan marah dan tidak menentu.

Secara terang atau terselindung, sebahagian daripada negara-negara yang dilalui itu seperti tidak senang dengan kehadiran orang luar dan seolah-olah mengunci ketat pintu sempadan mereka.

Di Turkmenistan, visa sahaja tidak mencukupi kerana tanpa surat jemputan (LOI), pengurusan dan rundingan yang baik, impian untuk menjejakkan kaki ke bumi mereka pastinya sesuatu yang mustahil.

Hakikat itu diakui oleh seorang pendaki gunung salji dari Lithuania yang kagum kerana konvoi memasuki negara berkenaan yang merupakan sebahagian laluan ekspedisi, katanya semasa ditemui di Kota Lama Kashgar.

Penantian selama lapan jam di sempadan itu adalah yang paling teruk pernah dilalui oleh konvoi setakat ini tetapi ia tidak menjadikan atau bermaksud pengalaman berurusan dengan pihak berkuasa di negara-negara lain mudah.

Apa sahaja dugaan, anggota konvoi tetap menghormati dan akur kepada setiap polisi yang ditetapkan oleh imigresen dan kastam mereka.

Hal itu mencetuskan pertanyaan kenapa di negara sendiri yang dulu rakyatnya hanya mempunyai tiga warna kulit kini begitu mudah diwarnai oleh warna-warna yang semakin pelbagai.

Semangat Kebangsaan

Melepasi sempadan adalah saat yang paling melegakan bagi setiap peserta. Bagaimanapun, cabaran berada di dalam ekspedisi tidak pernah berakhir selagi
pengembaraan belum tamat.

Sepanjang laluan di negara tersebut, penulis melihat`penolakan' kepada penggunaan bahasa utama dunia yang begitu ketara. Hal itu diketahui berlaku di Jepun, tetapi di sini ia jauh lebih menebal.

Tiada sepatah perkataan Inggeris yang keluar dari mulut mereka kecuali bahasa Rusia atau tempatan. Di jalan raya, kedai-kedai dan bangunan, papan tanda hanya memaparkan tulisan Cyrillic.

Keadaan itu tidak memberikan banyak pilihan kepada peserta selain membalas percakapan mereka dengan Bahasa Melayu, walaupun hanya memahami perkataan `Malaysia', sekurang-kurangnya reaksi mereka positif dan lebih mesra berbanding jika menggunakan bahasa Inggeris.

Kesan daripada pertembungan tamadun dunia dan penaklukan yang silih berganti di negara tersebut, bahasa pertuturan mereka banyak dipengaruhi oleh perkataan-perkataan seperti Tatar, Turkmen, Rusia dan juga Arab.

Menariknya, penduduk di beberapa wilayah Uzbekistan dan Kyrgystan turut berkongsi beberapa perkataan dengan bahasa kita seperti anggur, sunai (serunai), rebab (alat muzik), rahmat dan kubah.

Bagaimanapun, di sebalik pelaksanaan undang-undang imigresen yang ketat di negara-negara berkenaan, berdiri sebuah `tembok kebal’ yang menyekat pengaruh Imperialisme barat.

Misalnya di Ashgabat, ibu kota Turkmenistan, pemakaian pakaian tradisional begitu `kuat' diamalkan terutama di kalangan wanitanya, malah penguasaan jenama-jenama gergasi dunia seolah-olah tidak wujud.

Turkmenistan juga mempunyai pelaksanaan undang-undang yang `bertentangan' terhadap perokok. Jika kebanyakan negara di dunia membenarkan merokok di luar bangunan, perbuatan itu di negara ini hanya dibenarkan di dalam bangunan (tertentu atau sendiri).

Merokok di kawasan awam dan tempat terbuka boleh mengundang kemarahan pihak berkuasa dan boleh dikenakan denda. Hal itu menyebabkan ramai peserta konvoi yang terpaksa berpuasa rokok sepanjang berada di negara itu.

Dari pusat kemodenan Rusia di Moscow hingga ke kawasan tanah tinggi di Kyrgystan, perubahan bentuk muka bumi ternyata banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Di pinggir Rusia, konvoi melalui Nizhni Novgorod, wilayah yang terkenal sebagai pusat penghasilan senjata dan kelengkapan perang milik negara terbesar itu.

Ketika menyusuri jalan ke selatan yang sibuk dengan trak-trak tentera bersaiz besar, landskap di tepi-tepi jalan dihias dengan kereta kebal dari zaman Perang Dunia Kedua yang dijadikan pembakar semangat patriotik mereka.

Di Kazakhstan, pengembaraan konvoi PAT hanya dikelilingi habuk dan pasir ketika merentasi kawasan gurun dan hanya berkesempatan singgah di Atirau dan Aktau, bandar di bawah paras laut berhampiran Laut Kaspia.

Kazakhstan, walaupun merupakan negara jajahan Soviet terakhir yang mendapat kemerdekaan (1991) kini muncul antara negara paling dominan di Asia Tengah melalui industri hidro-karbonnya.

Negara kesembilan terbesar di dunia yang bersempadan dengan lima buah negara itu juga semakin dikenali melalui penglibatan sebagai anggota kepada banyak pertubuhan antarabangsa,
antaranya NATO.

Di Uzbekistan, perhatian lebih tertumpu kepada tinggalan sejarah melalui monumen-monumen yang berdiri di bandar Bukhara dan Samarkand sejak lebih 3,000 tahun sebelum masihi.
Bandar yang menjadi pusat tamadun Islam suatu ketika dulu itu juga merupakan bumi kelahiran ramai cendikiawan Islam, antaranya Imam Al-Bukhari, Al-Khawarizmi dan Al-Tarmizi.

Walaupun kebanyakan masjid, makam dan kota pusat pentadbiran musnah teruk ketika zaman pemerintahan komunis, kerja-kerja pemulihan oleh jurutera dan pakar seni bina tempatan berjaya mengembalikan keindahan tamadun terdahulu.

Kepercayaan

Di sebalik semua perbezaan yang disaksikan itu, wujud persamaan antara mereka pada pegangan dan kepercayaan beragama melalui Islam. Walaupun berada lama di bawah jajahan dan pengaruh

Soviet, kesemua negara adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dari bandar yang dikelilingi oleh padang pasir hinggalah ke penempatan yurt (khemah bulat) di ketinggian melebihi 3,500 meter di pergunungan Kyrgystan, kebanyakan mereka adalah penganut agama
itu, cuma dengan mazhab berbeza.

Timbul rasa kagum melihat hasil usaha pendakwah Islam terdahulu dan kesederhanaan umat Islam di sekitar banjaran Tian Shan meneruskan hidup dalam suhu bawah 10 darjah celsius, di situ.

Terharu dan bangga juga penulis apabila ada yang mengenali dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mempunyai amalan dan penghayatan Islam terbaik. Sebut sahaja Malaysia, mereka terus mengajukan soalan `Kamu seorang Muslim? sebelum disusuli dengan kekaguman terhadap KLCC.

Sinar perkembangan Islam semakin jelas memancar ketika konvoi memasuki wilayah Xinjiang, melalui Kashgar, yang merupakan pusat kepada perdagangan Laluan Sutera antara pedagang Eropah dan Asia suatu ketika dulu.

Laungan azan yang menandakan masuknya waktu solat Jumaat pada hari itu disambut oleh ribuan umat Islam dan peniaga yang meninggalkan premis mereka menuju ke sebuah masjid lama di tengah-tengah bandar itu.

Walaupun berada di bahagian paling barat, kerajaan China membuktikan penguasaan politik dan
ekonominya sejak 1949 di bandar yang majoritinya dari kaum Ouighur.

Sebagai pusat perdagangan tumpuan sejak zaman purba, Kashgar atau Kashi (bahasa Mandarin)
mempamerkan keunikan rupa paras manusia yang begitu kompleks dari iras kaum Monggol, Turkmen, Persia, Eropah, Arab dan India.

Kini, kota lama Kashgar yang dibina berasaskan batu-batu dan lumpur sejak ribuan tahun dulu masih kekal, cuma dikelilingi oleh bangunan-bangunan moden yang tumbuh seperti cendawan.

Beberapa peserta konvoi yang pernah memasuki bandar itu kira-kira lapan tahun terkejut melihat pembangunan yang berlaku sekarang.

``Sukar untuk mempercayai pembangunan yang berlaku di sini kerana ketika kami sampai di sini dulu, hanya ada jalan-jalan tidak berturap dan tumpuan orang ramai ketika itu adalah di sekitar kota lamanya,’’ ujar Zulkarnain Othman.

Walaupun hampir sebulan menyaksikan keindahan bentuk muka bumi, menikmati keenakan daging panggang (Shashlik) dan melihat rupa paras manusia-manusia tercantik di Asia Tengah, semua itu masih tidak dapat menukar tuah menjadi rakyat negara ini.
====================================
Ikuti sebahagian daripada cabaran dan peristiwa-peristiwa yang mewarnai perjalanan konvoi sejauh lebih 9,000 kilometer (km) itu.
Rusia(2-6 Julai 2008)
St.Petersburg-Moscow-Vladimir
-Nizhni Novgorod-Kazan
-Polyakov-sempadan (2,080km)
lPengalaman menaiki Silja Symphony, feri 13 tingkat dari Stockholm, Sweden ke Helsinki, Finland semasa laluan pemindahan meninggalkan kenangan indah kepada semua peserta PAT.
lKonvoi kemudian melepasi pintu masuk Rusia selepas enam jam berurusan di sempadan negara itu yang sibuk dan dipenuhi oleh beratus-ratus lori kontena.
lSelepas pelepasan Jalur Gemilang di St. Petersburg, destinasi persinggahan pertama adalah Moscow dan peluang itu digunakan untuk mengabadikan kenangan di lokasi bersejarah, Kremlin dan Dataran Merah.
lDi Central Tourist Hotel, peserta secara kebetulan bertemu dengan rombongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diketuai oleh Datuk Rohani Karim yang dalam lawatan menghadiri majlis konvokesyen 400 pelajar Malaysia di situ.
lSemasa melalui daerah Vladimir, salah sebuah kenderaan ditimpa kemalangan apabila pacuan empat rodanya (4X4) terbabas ke luar jalan. Pemandu dan penumpang terselamat tanpa sebarang kecederaan.
lSebaik tiba di Kazan tanpa terikat dengan atur cara konvoi, peserta mengambil peluang selama dua hari untuk mengunjungi tempat-tempat menarik dan bersejarah di situ.
lLokasi terakhir di negara terbesar itu adalah perkhemahan di tepi tasik dekat Polyakov yang terletak berhampiran dengan sempadan Kazakhstan.
Kazakhstan (6-10 Julai 2008)
Ural-Atirau-Beyneu-Aktau-
Bekdash-sempadan (2,450 km)
lSeawal pagi, konvoi menuju ke Ural selepas tujuh jam pemeriksaan di sempadan kedua-dua negara.
lSelepas menyeberangi Sungai Ural yang memisahkan benua Eropah dan Asia, laluan menuju ke Atirau itu mula kelihatan tandus dan kontang dengan suhu yang semakin meningkat.
lTanpa disedari, perjalanan di bumi Kazakhstan yang 70 peratus daripadanya diliputi gurun dan padang pasir itu melalui paras 130 meter di bawah laut.
lSelepas bermalam di Atirau, konvoi menuju Beyneu untuk perkhemahan kedua dan perjalanan terhenti seketika di sebuah pekan kecil untuk isian semula tangki minyak yang hampir kering.
lKeadaan permukaan jalan yang tidak bertar dan berlubang menyebabkan ada kenderaan yang pancit, alat penentu lokasi (GPS) tertanggal manakala debu dan habuk menyukarkan lagi penglihatan.
lHari seterusnya, perjalanan sejauh 578 km diteruskan ke Aktau yang terletak berhampiran Laut Kaspia, sebuah bandar yang kaya dengan sumber hidro-karbon negara itu.
lPada hari terakhir, laluan berhampiran pantai tasik terbesar di dunia itu diuji dengan tiupan angin kencang selaju 100 kilometer sejam yang memaksa peserta memandu dengan lebih berhati-hati.
lKonvoi tiba di wilayah pertama negara ini pada pukul 4 pagi dan ketibaan disambut mesra oleh 20 kakitangan Petronas Carigali (Turkmenistan) dan pekerja syarikat kontraktornya.
lHidangan nasi beriyani yang disediakan oleh chef tempatan itu akhirnya mengubat kerinduan selera peserta selepas hampir tiga minggu meninggalkan tanah air.
lDari Turkmenbashy, destinasi seterusnya adalah Ashgabat, ibu kota negara itu yang terletak di antara Gurun Karakum dan pergunungan Kopet Dag.
lSepanjang laluan itu, peserta menyaksikan keindahan pemandangan banjaran yang memisahkan negara itu dengan Iran dan kesuburan tanah pertanian yang dipenuhi pokok kapas, zaitun, anggur dan epal.
lSuhu yang ketika itu mencecah 46 darjah celsius memaksa peserta mengurangkan tekanan angin dalam tayar untuk mengelakkan ia daripada meletup.
lPada 13 haribulan, konvoi menyeberangi Sungai Amudaryd dan melalui jalan di sepanjang Terusan  Bukhara  menuju ke sempadan paling sibuk negara berkenaan, iaitu sempadan Farab di mana proses keluar sempadan mengambil masa kira-kira empat jam.
Uzbekistan (13-18 Julai 2008)
 Bukhara -Samarkand-Tashkent-Fergana-
Andija-sempadan (1,450km)
lBandar  Bukhara  dan Samarkand yang mempunyai berpuluh-puluh monumen berusia ribuan tahun dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia menjadi destinasi tumpuan peserta selama dua hari di negara itu.
lDalam perjalanan dari Samarkand ke Tashkent, perjalanan konvoi tergendala apabila salah sebuah kenderaan mengalami kerosakan pada sensor enjin dan terpaksa ditunda sejauh hampir 80 km.
lProgram amal kedua PAT disempurnakan di Tashkent bersama kira-kira 100 kanak-kanak kurang upaya di Pusat Asuhan Muruvvat. Lawatan kasih diakhiri dengan sumbangan barang-barang keperluan daripada penganjur.
lDari Tashkent, perjalanan diteruskan ke Fergana melalui Kokand sejauh 337 km dan singgah di Kamchik Pass untuk proses pengambilan sampel minyak enjin Petronas Syntium sebelum keluar melalui sempadan di Andijan.
Kyrgystan (18-24 Julai)
Osh-Lembah Chichkan-Tasik Son
Kol-Tamga-Tash Rabat-sempadan
(1,500km)
lKembara PAT tiba di negara bekas jajahan Soviet terakhir pada sebelah petang dan bersedia untuk pengisian semula minyak berhampiran pintu masuk negara itu di Osh.
lSelepas persinggahan pertama di hotel, malam kedua pengembaraan di negara yang dikelilingi gunung dan banjaran itu singgah di sebuah motel di Lembah Chickan.
lKeesokkan harinya, pengembaraan disajikan kehijauan kawasan pertanian berhampiran oasis terbesar yang merupakan kawasan paling padat di negara itu.
lDi Kyrgystan, peserta menghabiskan masa tiga hari berkhemah dalam yurt di tepi tasik Son Kul dan Issyk-Kul pada ketinggian mencecah 3,500 meter dari paras laut dengan suhu 3 darjah celsius.
lDi tapak perkhemahan Tash Rabat, kemalangan menimpa dua pembantu konvoi warga Rusia, apabila Land Rover yang dipandu mereka terbalik selepas hilang kawalan.
lPengembaraan melalui negara bekas jajahan Soviet itu berakhir pada 24 Julai apabila konvoi melepasi pemeriksaan ketat di pintu masuk negara China di daerah Kashgar.
lPemeriksaan menyeluruh dikatakan berikutan langkah keselamatan penganjuran temasya sukan Olimpik yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dec 10, 2009

Pictorials

Here are some of the old photographs that I still keep in my CD data...And some of my memorable photos are already missing.
Most of em taken during my work period in Kuching, Sarawak. These are some of the best in my collection.
Nevermind the photographical wise since all the pixs were taken using a compact camera.
My precious Canon PowerShot A620.

So guys enjoy some of my great moment in Sarawak...

Ibanese people with full traditional dress during Gawai Festival which was held anualy in Sarawak Cultural Village.

Young boys came out from surfing at Cherating beach, Kuantan. During monsoon season this 3 hours drive from Kuala LUmpur beach turn to a favourite surfing spot.

Catch of the day for him. Photo taken in Pa'Mada village, Miri region, Sarawak state of Malaysia.

One of seven waterfalls in Lambir National Park in Miri, Sarawak. It is a small but important park, composed largely of mixed dipterocarp forest.
Tourists from all over the world visit the park to view its encaptivating flora, take a dip in one of the few waterfalls or hike on one of the many hiking trails.

This look like albino tree spotted during a jungle trekking in Lambir National Park.
The park is open to visitors from 8am in the morning. A nominal entrance fee is charged. For those who wish to stay the night, there are beautiful wooden chalets at the park.

Keris shaped stone in the water of Bako National Park, Kuching region, Sarawak, Malaysia. Bako National Park, established in 1957, is the oldest and smallest national park in Sarawak. Millions of years of erosion of the sandstone has created a coastline of steep cliffs, rocky lands and stretches of white, sandy bays.

Our journey from Pa'Berang to Bario. This rough water ride take almost an hour. One bag of cement cost RM20 in Miri can easily rise to RM200 when transported to Bario. Land of Kelabit.
Bario
is located in the centre of the Kelabit Highlands the north east of Sarawak Malaysia, very close to the international border with Kalimantan, and 3280 feet above sea level. There are regular flights between Bario Airport and Ba' Kelalan, Marudi from Miri Airport.


Water taxi cross the Sarawak river late in the evening. In the background is mount Santubong.
Mount Santbong located about 35 km from Kuching town and its surrounding area is a popular tourist attraction.

Fireworks show during Malaysia National Celebration Day in Kuching. Year 2006.

Photo taken during the same event. The meteor shaped fireworks burst.

Orang Ulu is very small but ethnically diverse tribal groups in Sarawak. They typically live in longhouse elaborately decorated with murals and woodcarvings.

Ant on the picther plant in Bario. One of my favourite macro shot so far.

Another shot from Bario during my visit to hill salt point.

Oldest men in Pa' Mada, Miri, Sarawak. Some of few who still wearing the famous Kelabit earing (Abir).

Aerial view of Marudi taken from Twin Otter.


Kelabit ancient ceremonial ground found in 2005 in Ramudu, Sarawak. Kelabit people carve the stone to mark their important site for festive as well as their burial ground.


Balang Sarawak keeping the fire on to cook the water.

Somewhere in Bako village, Sarawak.

Bako National Park offers outstanding diversity of natural landscapes in a relatively small area. Its beautifully dense rainforests and stunning beaches are home to many flora and fauna including the rare proboscis monkey


Ferry transfer are common way of connecting areas in Sarawak.

This is the road the Sematan, Lundu, Sarawak.


One of my favourite. Actually this is not a waterfall by common, its only look like one during the rainy day. Shoot in Sarawak Cultural Village.